Henderson Adalah ‘Denyutan Jantung’ Bagi Klopp Di Liverpool

JORDAN HENDERSON adalah denyutan jantung Liverpool.

Demikian, mengikut kata pundit
talkSPORT, Micky Quinn.

Henderson telahpun berikrar janji setia untuk meneruskan masa depannya di Liverpool, selepas menandatangani perjanjian jangka panjang yang baru.

Dan Quinn percaya, Henderson telah menjadi denyutan jantung bagi Liverpool sejak dia menyertai kelab ini pada tahun 2011.

Jelas pundit tersebut, Henderson telah melakukan banyak perkara yang tidak disedari ramai.

Yang mana, kita hanya nampak sesetengah pemain yang beraksi hebat di sekitar Henderson, tetapi hakikatnya kapten inilah yang bertungkus lumus memotong serangan pihak lawan, dia juga yang cuba mengekalkan rentak permainan dengan mengekalkan hantaran, dan mengekalkan pergerakan bola.

Kebanyakan peminat Liverpool tidak menyedarinya, kerana Henderson bagi mereka tidak begitu menarik perhatian, tetapi beliau seumpama denyutan jantung bagi pasukan Liverpool.

Banyak pendapat yang bertentangan dengan Henderson, begitu juga ramai dikalangan peminat bola sepak yang tidak suka akan kapten Liverpool ini, tetapi dia adalah antara pemain yang terbaik di Piala Dunia 2018.

Quinn tertanya-tanya, adakah kini peminat bola sepak yang tidak menggemari Herderson telahpun berubah hati sedikit. Terutamanya jika melibatkan pasukan kebangsaan England dan mereka gembira dengan aksi Herderson bermain untuk England dan penyokong Liverpool pula gembira kerana kapten hebat ini bermain untuk Liverpool.

Malah, terang Quinn juga, sesetengah dikalangan peminat Liverpool sendiri yang berfikiran negatif terhadap permainan Henderson. Yang jelas kata Quinn, Henderson telah banyak mengubah permainannya dan kini diusia 28 tahun, beliau berada di puncak kerjayanya yang tersendiri.

Satu penghijrahan yang besar bagi kapten sehebat Henderson, yang berkemungkinan akan menamatkan kerjayanya di Liverpool, dengan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

Selepas menurunkan tandatangan pada perjanjian yang baru, Henderson mengaku tidak ada tempat yang dia lebih suka bermain bola sepak selain daripada di Anfield.

Video : Ini Adalah Cerita Kapten Kami, Kapten Henderson Dari Liverpool

Henderson sendiri merasakan berada di Liverpool merupakan satu perjalanan yang progresif, di sepanjang masa beliau bersama Liverpool, dan juga menjadi suatu yang beliau sangat menikmatinya.

Dengan peluang yang diperolehi beliau untuk menjadi sebahagian daripada Liverpool sejak sekian lama, dan kini beliau sangat berharap untuk kekal berada di Liverpool seberapa lama yang boleh, malah lebih lama dari sebelum ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Express

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds