Henderson, Kapten Liverpool Yang Menggalas Tugas Paling Mencabar Dalam Dunia Bola Sepak

Jordan Henderson mempunyai ‘pekerjaan yang paling sukar di dunia bola sepak’, selepas menggantikan Steven Gerrard sebagai kapten Liverpool, demikian kata bos Jurgen Klopp.

Kapten Liverpool ini, mendapat maklum balas yang paling banyak dari kalangan para peminat Liverpool sendiri, yang mempertikaikan kewujudan beliau dalam setiap perlawanan Liverpool, kalah, seri mahupun ketika meraih kemenangan.

Tinggal di bandaraya Liverpool, Klopp sesekali akan mendapat tahu segala perbincangan yang diadakan yang terkait dengan kapten Liverpool sekarang ini.

Bagi Klopp sendiri, Henderson
adalah seorang pemain yang penting kepada Liverpool, sukar untuk Klopp menerangkannya tapi itulah hakikatnya yang seharusnya seluruh peminat Liverpool terima.

Henderson menggantikan Gerrard, dengan menjaringkan 186 gol dalam 710 penampilannya bersama Liverpool.

Dilantik menjadi kapten pada musim panas tahun 2015, apabila Gerrard yang kini menjadi jurulatih Rangers, menyertai LA Galaxy.

Tidak mudah, dan ianya juga sesekali tidak sama dengan menjadi seorang kapten bagi kebanyakan kelab bola sepak lain didunia.

Menjadi ketua pasukan bagi Liverpool FC adalah merupakan satu tugas yang paling sukar lagi mencabar dalam dunia bola sepak moden kini.

KERANA, ia tanggungjawab yang perlu dipikul dengan memakai ‘armband’ yang dimiliki oleh Steven Gerrard sebelum ini.

Yang terkenal sebagai seorang lagenda Liverpool, hebat dan tangkas lagi cekap dalam permainan bola sepaknya.

Lagenda yang setia, selama 17 tahun mengabdikan diri kepada Liverpool.

Namun, Klopp sendiri minta maaf kepada seluruh bangsa Liverpool didunia, kerana tidak dapat untuk membawa kembali Gerrard ke Liverpool, lagenda ini telahpun menggantung but beliau sebagai seorang pemain bola sepak.

Atas sebab itu, Klopp mahu semua peminat Liverpool agar MENGHORMATI Jordan Henderson, yang merupakan ketua bagi Reds kini, kerana sememangnya dia layak dan dia adalah orang yang tepat untuk tugas itu.

Yang mana, membawa maksud tidak semestinya dia akan diturunkan dalam kesemua perlawanan Liverpool.

Ada masanya, pemain perlu direhatkan, dengan pasukan utama Liverpool hebat, pasukan kedua Liverpool juga kuat untuk menghadapi sebarang perlawanan.

Jelas Klopp lagi, beliau tidak faham kenapa peminat bola sepak Liverpool tidak faham hakikat yang seorang kapten tidak boleh bermain sepanjang masa, dan begitulah juga tidak boleh untuk tidak diturunkan hanya kerana dia memakai lilitan kapten.

Tahyul semuanya, jika hanya persalahkan Henderson seorang diatas kalah, seri mahupun ketika Liverpool menang.

Henderson, ada peranannya sendiri. Yang akui Klopp, perlawanan Liverpool tampak kehilangan sesuatu tanpa kehadiran kapten ‘bertuah’ Liverpool ini.

Kenapa, kita berlapang dada untuk terima peranan Firmino yang menyarung jersi bernombor 9, tapi amat jarang sekali menjaringkan gol.

Ya !
Kerana, nombor sekadar nombor, fungsi utama Firmino adalah lebih kepada menghuru harakan pertahanan lawan. Klopp sendiri tidak risau .. kerana dia yang mengaturkan segalanya.

‘In Klopp we trust’, slogan yang di laungkan hanya sekadar meniti dibibir, tapi pada dasarnya kita sendiri tidak faham dengan apa yang kita canangkan.

Renung-renungkan, dan selamat beramal ! 😁

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : BBC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds