Henderson & Milner Beri Keseimbangan Di Tengah & Lesen Untuk Menyerang

Jurgen Klopp menggunakan kombinasi yang seimbang ketika menentang Porto dengan memasukkan Jordan Henderson dan James Milner bagi mengawal bahagian tengah.

Orang yang paling terkesan adalah trio serangan daripada Liverpool iaitu Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino daripada dominasi di bahagian tengah ini.

Berapa banyak Mohamed Salah boleh jaringkan gol musim ini? 40 gol? 50 gol?

Setelah masa menginjak ke 30 minit perlawanan di Estadio do Dragao, Mohamed Salah telah mulakan jaringannya. Peminat Liverpool menjadikan Mohamed Salah sebagai idola dan mengelarkannya sebagai “Raja Mesir’, yang ingin menakluk Eropah.

 

Dengan kelincahan Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, apa yang ditonjolkan oleh pemain ini dalam perlawanan ini adalah apabila Jurgen Klopp memutuskan untuk menguatkan bahagian tengah dengan keseimbangan yang ada.

Ini adalah platfom untuk bahagian serangan melakukan kerja dan di situlah wujudnya Jordan Henderson dan James Milner yang memberi sentuhan yang kemas, lancar dan laju untuk mengekalkan keseimbangan serangan dan menyerap serangan lawan seterusnya melancarkan serangan semula.

 

Amat sukar untuk nafikan keanjalan di bahgian tengah (fluidity) dalam trio serangan Liverpool dan hanya PSG yang menjaringkan gol lebih banyak untuk peringkat kumpulan. Ketika ini, Liverpool menjaringkan 24 gol dalam kempen pada musim ini sebelum perlawanan timbal balik.

Terdapat beberapa bahagian yang boleh dibentuk untuk menjadikan Liverpool lebih ampuh pada perlawanan timbal balik di Anfield, sebulan daripada sekarang.

Jurgen Klopp mahukan Milner dan Henderson berada di tengah bersama Gerginio Wijnaldum sebagai trio di bahagian tengah. Kapten Liverpool itu tidak dimasukkan dalam skuad Liverpool ketika menentang Southampton pada Ahad lepas bagi memastikan pelan perlawanan menentang Porto ini berjaya.

Bagi peminat Liverpool, mereka mungkin merasakan ianya agak bosan untuk melihat duo England ini bermain di tengah tanpa sebarang ‘combative element’.

Kedua pemain ini sangat mudah permainannya.

Jordan Henderson akan berada di kawasan dan posisi untuk menghalang hantaran di kawasan ‘passing lane’.

Manakala James Milner dengan hantaran lintang yang mudah, dan boleh dikatakan ‘tidak pentingkan diri’ untuk sentiasa melakukan hantaran kepada rakan.

Bahagian tengah ini sebenarnya di bantu oleh dua pemain bek di bahagian sisi iaitu bek kiri, Andrew Robertson dan Alexandre Arnold.

Keduanya mampu untuk melakukan tugasan samada menyerang atau bertahan.

Sudah pasti, orang yang paling mustahak adalah barisan bek tengah iaitu Dejan Lovren dan Virgil Van Dijk. Pada amnya, Dejan Lovren sedikit goyang seperti biasa, namun, mungkin kerana berada bersama Virgil Van Dijk ini, dirinya seolah dirasuk untuk bermain dengan baik.

Dengan kualiti di bahagian tengah yang dimiliki ketika ini, menunggu kehadiran Naby Keita pada musim hadapan ianya seolah satu anjakan lagi atau ‘upgraded’ di bahagian tengah.

Samada Emre Can berada dalam skuad pada musim hadapan atau tidak, ianya jelas menunjukkan bahawa skuad Liverpool kini berada dalam landasan yang betul.

Walaupun Henderson agak mengecewakan prestasinya pada musim ini dihantui dengan kecederaan, namun dalam perlawanan lepas, Henderson seolah konduktor dalam sebuah okestra.

James Milner akan menjadi sentiasa ‘boring’ dan nah, dirinya adalah penyumbang bantuan gol terbanyak dalam Liga Juara Eropah dengan 7 gol meninggalkan Kevin De Bryunne dengan 4 bantuan gol.

 

Post Author: Bos LMreds