Hoffenheim Berkeyakinan Tinggi Untuk Pamerkan Permainan Hebat Di Anfield

Kempen Perlawanan : Apa Kata Lawan |”Kami pasti akan beraksi dengan paling terbaik untuk mendapatkan dua gol.” – duo Hoffenheim ini yakin positif menjelang lawatan ke Liverpool.

Pasangan Hoffenheim, Kevin Vogt dan Kerem Demirbay bercakap dengan penuh keyakinan mengenai peluang mereka di Liverpool pada malam Rabu.

Mengalahkan pasukan Bundesliga itu di Merseyside bagi perlawanan kedua Liga Juara-Juara adalah sangat penting juga bagi Liverpool.

Setelah menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 di Rhein-Neckar-Arena pada perlawanan pertama minggu lalu, pasukan Jurgen Klopp dilihat menjadi pasukan pilihan.

Kerem Demirbay

Tetapi bagi Demirbay, yang akan menjadi salah seorang pemain utama Julian Nagelsmann di Anfield, Hoffenheim mempunyai peluang untuk memberi saingan sengit kepada Liverpool, demi meraih kemenangan seterusnya ke peringkat kumpulan elit Eropah.

Bercakap kepada Bild, beliau menjelaskan, skuad Hoffenheim pasti akan menunjukkan aksi terhebat mereka. Kerana ini adalah perlawanan terakhir, perlawanan penentuan untuk terus kekal atau tersingkir.

Demirbay secara jujur mengatakan, pasukan Liverpool yang mereka hadapi ini adalah pasukan yang hebat. Tetapi, dalam masa yang sama turut mengakui yang pasukan Hoffenheim juga bukan calang-calang pasukan.

Demirbay yakin yang skuad Hoffenheim akan bertandang ke Anfield dengan fikiran yang terbuka dan semat untuk meraih kemenangan didada.

Juga berkeyakinan tinggi untuk kekal bertahan dengan menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol.

Dan, Demirbay percaya suasana di dalam Anfield pada malam perlawanan itu nanti boleh memberikan Hoffenheim rangsangan juga, kerana mereka bercadang untuk ke Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Secara tidak langsung untuk mencatatkan sejarah, ditambah lagi di stadium yang semegah Anfield.

Kevin Vogt

Dan Vogt, bercakap pada laman web rasmi Bundesliga, menyuarakan kepercayaan beliau yang Hoffenheim boleh menjaringkan dua gol di Anfield.

Yang mana, berpandukan kepada aksi mereka yang hebat ketika menentang Liverpool pada perlawanan pertama, beliau yakin tanpa rasa was-was, Hoffenheim boleh menjaringkan dua gol di Anfield.

Skuad Hoffenheim akan berjuang habis-habisan untuk mencapai ke peringkat kumpulan.

Berikutan kemenangan 1-0 hari Sabtu lalu di Anfield keatas Crystal Palace, The Reds berada dalam ‘mood’ yang baik, kerana kini cukup bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan Nagelsmann dan skuadnya ke Merseyside.

Sumber : This Is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Related posts