Huddersfield Gagal Bertahan Lama Menentang Liverpool Berbanding M.U : Wagner

Kemenangan Liverpool | Reaksi Huddersfield : Anfield Sunyi Dengan Penguasaan Huddersfield 60 Minit Pertama Perlawanan

Saya tidak pernah mendengar Anfield begitu sunyi, tapi kita boleh nampak kenapa Liverpool memiliki rekod yang baik di laman sendiri.

Pengurus Huddersfield Town, David Wagner berkata demikian, setelah beliau berasa ‘agak pelik’ kerana beliau merupakan kawan baik kepada Jurgen Klopp.

Walaubagaimanapun, Wagner mengakui Liverpool layak mendapat kemenangan 3-0 di Anfield, dalam masa yang sama juga merasakan kualiti pertahanan pasukannya telah menyekat Anfield dalam masa yang lama.

Wagner juga mengesahkan yang keputusan perlawanan ini adalah adil.

Sangat jelas, beliau kagum dengan pasukan pertahanannya, sehingga gol pertama diantara 55 atau 60 minit, pasukannya bermain dengan baik, dengan sangat teratur dan berjaya meneutralkan kuasa serangan Liverpool.

Jelas Wagner, beliau tidak pernah melihat Anfield ‘sesunyi’ itu. Sehingga lah Liverpool memperoleh gol yang pertama. Ini ketara kata Wagner, yang sering kali berada di Anfield dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Atas sebab suasana Anfield yang ‘sunyi’ itulah, Wagner mengatakan pasukan pertahanannya bertindak cemerlang. Tapi, selepas Liverpool meraih gol yang pertama, Huddersfield mula hilang posisi, dengan hanya dua pertahanan, bola jauh lagi, malah turut memberi ‘assist’ buat Liverpool.

Selepas masuk separuh masa kedua, Liverpool mula menunjukkan kekuatan sebenar serangan mereka, dengan sangat lancar, dan mencipta banyak peluang.

Atas sebab itu jugalah, Wagner merasakan pasukannya patut dihukum dengan kekalahan.

Wagner turut menerangkan, pada awalnya beliau mahu bermain ‘a deep midfield block’, rancangan yang sama semasa pasukannya mengalahkan Manchester United minggu lalu, tetapi pasukannya tidak dapat bertahan lama di Anfield.

Bagi Wagner, bertarung dengan Liverpool dilaman sendiri semestinya sukar, dan gembira kerana mempunyai perlawanan seterusnya di laman sendiri.

Walaupun pada awalnya menguasai perlawanan sekitar 55 ke 60 minit yang pertama, dengan Liverpool mempunyai rekod yang baik di laman sendiri, sukar untuk Huddersfield mengalahkannya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds