Huddersfield vs Liverpool : Info Perlawanan Awal Pagi Ini

Liverpool meneruskan langkahan mereka dalam kempen liga musim ini dengan bertandang ke John Smith Stadium awal pagi esok.

Setakat ini Liverpool telah mengharungi dua kekalahan berterusan, ke atas Swansea dan juga West Bromwich Albion dalam aksi Piala FA.

SEPAKMULA.

Jam 8.00 malam. Waktu Malaysia adalah pada jam 4.00 pagi nanti.

TONTONAN

Bagi yang berada di UK, siaran boleh diikuti menerusi siaran BT Sports 1.

Manakala di Malaysia, Astro Supersports 816 / 834 HD.

Tiada link live streaming dan live fb disediakan namun jika ada kami akan berkongsi dengan anda.

Digalakkan untuk memuat turun apps modbro dan totalsportek untuk siaran langsung.

PENGADIL PERLAWANAN

Kevin Friend.

Pengadil ini merupakan antara pengadil yang berpengalaman di EPL dengan satu kad merah dari 20 perlawanan.

Beliau telah terlibat dengan dua perlawanan melibatkan Liverpool musim ini, ketika kemenangan 5 – 0 ke atas Swansea semasa Boxing Day dan 1 – 0 ke atas Palace pada Ogos lepas.

PEMAIN TUMPUAN

Huddersfield FC

Penjaring terbanyak mereka adalah Lauren Depoitre dengan 5 gol musim ini, dan pemain tengah Aaron Mooy adalah pemain yang wajar diberi perhatian oleh Liverpool.

Tom Ince akan memberikan kelajuan dalam pasukan dari sayap manakala Jonas Lossl mengharungi musim yang baik di kelab itu.

Liverpool FC

Walaupun gagal membolosi gawang Swansea, namun Roberto Firmino dan Mohamad Salah telah menemui sentuhan jaringan mereka tatkala menyaksikan aksi longlai pertahanan ke atas WBA.

Selain itu Sadio Mane masih dianggap salah seorang pemain yang berbahaya di barisan hadapan.

Berkemungkinan Jordan Henderson diturunkan malam ini.

PENGURUS HUDDERSFIELD

David Wagner. Rakan baik Jurgen Klopp sendiri.

Kedua dua antara mereka bertemu di Mainz semasa menjadi pemain dan menjadi rakan karib selepas itu.

Wagner pernah duduk di bangku VIP semasa skuad Jurgen Klopp menewaskan Dortmund pada musim 2015 2016.

KECEDERAAN DAN PENGGANTUNGAN

Huddersfield FC

Elias Kachunga masih tersisih akibat kecederaan lutut dan hanya dijangka kembali pada Mac.

Christopher Lowe dan Joe Lolley antara yang diragui kecergasannya.

Liverpool FC

Adam Lallana dan Nathaniel Clyne masih tersisih disebabkan kecederaan.

Ragnar Klavan dan James Milner masih ragu untuk diturunkan.

Namun begitu Alberto Moreno dan Jordan Henderson sudah boleh diturunkan.

PERTEMUAN TERAKHIR

Kemenangan 3 – 0 Liverpool di Anfield.

Mereka gagal menjaringkan gol menerusi penalti, manakala Daniel Sturridge, Roberto Firmino dan Gini Wijnaldum menjaringkan gol untuk perlawanan hari itu.

Sebelum itu pada 2016 Liverpool telah menentang Huddersfield dalam persahabatan pramusim untuk merebut Perisai Bill Shankly. Liverpool menang 2 – 0 hasil jaringan Alberto Moreno dan Marko Grujic.

FAKTA PERLAWANAN

Kali terakhir Liverpool tewas dalan dua perlawanan berterusan dalam liga adalah pada September 2015 semasa Brendan Rodgers memegang tampuk sebagai pengurus.

Roberto Firmino telah menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan menentang pasukan yang baru dinaikkan dalam EPL musim ini.

ADMIN

Ramalan anda?

Mohon Liverpool akhiri badi kekalahan malam ini untuk diterjemahkan dengan kemenangan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman