Ian Rush: Salah, Firmino, Mane Berada Di Landasan Yang Betul & Pertahanan Liverpool Kekal Memainkan Peranan Yang Penting

Pasukan Jurgen Klopp kekurangan pengalaman memenangi gelaran. Ramai di kalangan para penyokong juga tidak pernah merasakan kemenangan liga. Legenda Liverpool, Ian Rush tidak kisah dengan kenyataan tersebut.

“Saya fikir para penyokong tidak salah untuk berasa teruja kerana mereka (peminat) berada dalam kedudukan yang tidak pernah mereka lalui tetapi pemain perlu mengambil (serius) setiap perlawanan yang akan datang”.

“Menewaskan Brighton adalah bagus namun ia bukan perlawanan hebat, ketika melawan Crystal Palace mereka kembali dari ketinggalan dan kini saya fikir semuanya berada dalam situasi yang baik untuk Liverpool.”

Rush, yang mengendalikan pasukan Liverpool Legends dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005 dan 2007 menentang Milan Glorie di Anfield pada 23 Mac di bawah Liverpool FC Foundation, percaya terdapat beberapa faktor yang dapat membantu mengakhiri penantian yang sebegini lama.

Barisan defensif Liverpool lebih kuat daripada tahun-tahun yang lalu. The Reds hanya dibolosi 13 gol daripada 23 pertandingan. Sementara itu, pemain bintang tahun lalu, Mohamed Salah (19 gol), Roberto Firmino (11) dan Sadio Mane (10) terus menjarigkan gol-gol kemenangan buat Liverpool namun bukanlah dalam jumlah besar yang mereka berjaya lakukan pada musim lalu.

“Saya rasa mereka telah mengukuhkan barisan belakang. (Virgil) Van Dijk menjaga bek pertahanan dan menyatakan Biarkan tiga di hadapan; (Salah, Firmino, Mane) untuk melakukan apa yang mereka inginkan’”.

“Itulah yang saya sendiri dan Kenny (Dalglish) lakukan dahulu. Kita boleh melakukan apa yang kita mahu apabila yang lain(pertahanan dan tengah) teratur dengan sempurna”.

“Dan dengan jaringan-jaringan gol oleh tiga yang di hadapan itulah, yang meletakkan anda di posisi memenangi gelaran.”

Salah sekali lagi adalah penjaring terbanyak Liga Perdana(setakat ini) dengan 16 gol, lebih dua daripada Harry Kane dari Tottenham (yang kini berehat selama dua bulan disebabkan kecederaan) dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal.

Salah tidak mungkin menyamai Salah yang 32 gol liga dari musim lalu tetapi bagi penjaring 346 gol untuk Liverpool, Rush percaya Salah sedang meningkat baik.

“Musim lalu, bagi saya, dia adalah pemain terbaik di dunia – dan itu merupakan sebuah kenyataan besar,” katanya.

“Malangnya kami tidak memenangi trofi. Jika kami telah memenangi trofi saya fikir dia akan menjadi pemain terbaik di seluruh dunia.

“Dia mungkin tidak menjaringkan gol seperti musim lalu – ia akan menjadi lebih sukar tahun ini – tetapi kelihatan dia sedang makin baik dan itulah sebabnya dia adalah penjaring terbanyak liga.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Daily Echo

Post Author: Wade Wilson