Itu Mungkin Keputusan Yang Terbaik Buat MoSalah

Penyerang Liverpool, Mo Salah mempunyai resolusi Tahun Baru, iaitu untuk banyak berhubung dengan masyarakat.

Bintang The Reds itu telah menghapuskan semua akaun media sosialnya (Facebook, Twitter, dan juga Instagram). Tweet perpisahan beliau berbunyi, “Resolusi 2019: Masa untuk berhubung, dengan sebenarnya”.

Tweet itu menyebabkan para peminat di Merseyside tidak keruan, tetapi tidak lama kemuadian, didapati tweet itu sudah tidak wujud. Selepas menyemak semua aplikasi lain, kebanyakan peminat beranggapan bahawa tweet Salah untuk berhubung bermaksud bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan dunia luar.

Persoalannya kini ialah mengapa? Adakah kerana konflik berterusan Salah dengan FA Mesir? Atau disebabkan momokan ‘diving’ yang diajukan terhadapnya?

Walau apapun sebabnya, ia adakah sesuatu yang baik buat The Reds. Sudah jelas pada permulaan musim ini, bebanan yang diletakkan pada Egyptian King itu mungkin agak terlalu berat. Selepas bersinar dengan cemerlang pada musim lalu, Salah berada di bawah tekanan yang sangat besar dan prestasinya tidak memuaskan ramai pihak. Rata-rata sudah menggelar Salah sebagai one season wonder(Hakikatnya, Salah tidak pernah berjanji untuk mencipta semula rekod musim sudah; Begitu juga dengan Klopp yang tidak meletakkan harapan yang tinggi, sebaliknya sedang membimbing semua anak buahnya menuju kejayaan)

Ianya menjadi lebih teruk lagi apabila video di Facebook Live yang menyatakan krisis Salah dengan FA Mesir, serta selepas ramai pundit menuduh Salah jatuh terlalu mudah di dalam kotak (penalty). Bagi Mo, itu semua adalah gangguan dan harus berada di luar mindanya. Malangnya, kita hidup di zaman teknologi di mana penggunaan telefon pintar adalah sebuah kelaziman, malah pemain sayap itu sendiri sering meluangkan masa dengan telefonnya. Maka tidak hairanlah jika Salah tersinggung dengan posting kurang senang oleh para netizen.

If Salah has come off social media for personal reasons then fair play to him..He’d be better off putting all his efforts into Liverpool winning trophies instead of getting trolled by rival fans..Liverpool supporters appreciate him & that’s all he needs to know.

— AnfieldUrchin (@AnfieldUrchin) January 23, 2019https://twitter.com/AnfieldUrchin/status/1088113518161870851?ref_src=twsrc%5Etfw

Menyingkirkan media sosial sepenuhnya adalah penting untuk keyakinan Salah, serta ke atas tumpuan beliau yang sedang memasuki separuh akhir musim ini. Ramai peminat juga sedang cuba untuk mengurangkan kebergantungan terhadap telefon, dan begitu juga dengan peminat saing Liverpool, Mark Goldbridge dari United Stand memberikan pandangannya:

Yes Salah plays for a rival but if it’s true he’s deactivated all his social media to promote a campaign to promote real life away from social media it’s genius! So many people today are attached to their phones I wish they would look up and see the real world around them

— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) January 24, 2019

Pasti, kita sebagai peminat akan merindui posting Instagram Salah lepak kopi dengan Dejan Lovren, dan gambar-gambar selepas menjaringkan hatrik. Tetapi pilihan ini, akan membuatkan Salah lebih bahagia, dan kita lebih maju.

Admin: Kerana Terpaksa Aku Relakan 🌹

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : Fansided/Echo

Post Author: Wade Wilson