James Milner :”Gol Pertama Sadio Mane Luar Biasa!”

Gol pertama dari pemain Senegal itu mencetuskan semangat buat Liverpool untuk layak ke peringkat Suku Akhir UCL musim ini.

Satu skil individu menarik oleh Sadio Mane memperdayakan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer setelah menerima hantaran jauh dari Virgil Van Dijk, melakukan putaran dan membuat satu sepakan lambung ke arah gol yang ketika itu dikawal dua pertahanan pada separuh masa pertama.

Gergasi Bundesliga itu kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Joel Matip tetapi dua gol menyusul dari pemain itu sendiri dan Van Dijk memastikan Liverpool berjaya melangkah ke Suku Akhir UCL musim ini.

Menurut James Milner menerusi BT Sports :

“Saya berpendapat kami membuat persembahan yang bagus menentang antara pasukan terbaik di Eropah, di halaman lawan”.

“Ianya bukan mudah. Mereka bermain dengan menyerang habis habisan terutama di bahagian atas. Kami tidak bermain dengan baik namun semuanya berkaitan dengan mendapatkan keputusan. Kami bertahan dengan baik, tidak memberikan sebarang ruang buat mereka dan pemain serangan menyempurnakan peluang dengan baik sekali”.

“Sadio amat menyerlah. Gol pertama beliau amat luar biasa – bagaimana beliau menyempurnakannya, amat tenang. Beliau berada pada prestasi terbaik dan diharap beliau mengekalkannya hingga hujung musim”.

Liverpool yang kehilangan khidmat Jordan Henderson akibat kecederaan pada awal perlawanan, perlahan lahan menguasai perlawanan pada separuh masa kedua di Munich.

Dan Milner memberikan kredit kepada semua pemain di atas sikap permainan mereka yang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan Fabinho dimasukkan untuk Jordan Henderson.

Tambah beliau :

“Ianya pujian untuk semua pemain dalam pasukan di bangku simpanan yang bersedia untuk dimasukkan, dengan apa yang kami perolehi”.

“Sudah pasti anda akan bermain berdasarkan pelan awal dan bagaimana bermain mengikut pelan tersebut. Kehilangan kapten adalah sesuatu yang amat dirasai buat kami, namun Fabinho dimasukkan dan kami cepat menyesuaikan diri”.

“Kami mempunyai kualiti tersendiri dalam pasukan dan inilah yang kami perlu ada untuk menghadapi pasukan sebegini dalam kejohanan seperti ini”.

ADMIN

Berikut dipaparkan semula jaringan oleh Sadio Mane awal pagi tadi.

Dan sememangnya menarik gol Sadio Mane itu. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman