James Pearce : Mungkin Tiada Lagi Perpindahan

Tengah scroll FB ke tu? atau tak henti-henti refresh twitter? James Pearce kata besar kemungkinan tiada lagi perpindahan dan Chamberlain adalah yang terakhir.

 

Liverpool berancang untuk membawa 2 lagi pemain iaitu Thomas Lemar dan Virgil van Dijk. Bukan satu rahsia bahawa kedua-dua pemain ini mahu berkerjasama dengan Klopp. Van Dijk mengenepikan Chelsea kerana mahu menyertai Liverpool. Lemar enggan berpindah ke Arsenal kerana mahu bersama Liverpool.

 

Tetapi malangnya jodoh tidak ada untuk mereka berdua buat masa ini. Southampton kekal dengan pendirian mereka bahawa van Dijk “Not For Sale” walaupun pemain itu sudah menghantar transfer request dan berlatih berasingan. Macamana Liverpool pertahankan Coutinho, begitu juga mereka pertahankan van Dijk.

 

“Southampton remain adamant that they won’t sell Van Dijk.”

 

Lemar pula, Liverpool gagal mencapai kata sepakat dengan Monaco. Monaco tidak mahu menjual Lemar kecuali bidaan setinggi £90 Juta. Buktinya? Arsenal datang dengan bidaan £92 Juta dan Monaco menerimanya. Malangnya Lemar enggan kerana Liverpool adalah pilihannya.

 

“Liverpool were unable to agree terms with Monaco for Lemar.”

 

Melihat kepada situasi sebegitu dan masa yang semakin suntuk, James Pearce menyatakan tidak ada lagi perpindahan masuk sehingga jendela ditutup.

 

Kecuali Southampton atau Monaco mengubah pendirian.

 

Disediakan untuk : Liverpool Malaysian Reds

 

Sumber : James Pearce

Related posts