Jamie Carraggher Mendedahkan Pemain Kegemaran Beliau Selepas Kemenangan Liverpool Keatas Everton

Carra mendedahkan siapa pemain kegemaran beliau di Liverpool ketika ini setelah habis perlawanan menentang musuh setempat iaitu Everton.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp menang sangat mudah dengan mengenepikan cabaran dari musuh setempat mereka iaitu Everton. 

Selepas pertunjukan serangan yang hebat separuh masa pertama dari Liverpool, Carraggher mendedahkan pemain Liverpool terkini yang beliau sangat minat. 

Beliau menulis dilaman sosial Twitter miliknya dengan kapsyen :

Ianya diikuti dengan bantuan gol yang cantik menewaskan pertahanan Everton untuk Origi yang meledakkan gol pertama di awal separuh masa pertama.

Pemain berusia 27 tahun tersebut yang beraksi tanpa rakan serangan utama beliau seperti Salah dan Firmino, tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menyerah dengan bantuan gol kedua beliau dalam perlawanan untuk Shaqiri menjaringkan gol kedua Liverpool dalam perlawanan pagi tadi.

Sadio Mane sangat hebat dan persembahan 45 minit separuh masa pertama beliau memberi pulangan kepada beliau sendiri apabila menjaringkan gol keempat Liverpool sebelum tamat separuh masa. 

Ketika musim panas, Mane kekurangan rehat apabila membantu kedua-dua kelab dan negara mara ke Final UCL dan Final Piala Negara- Negara Afrika. 

Tetapi ianya tidak menghalang Sadio Mane terus membantu dan menjaringkan gol buat Liverpool pada musim ini. Menjaringkan 9 gol untuk Liverpool sepanjang musim ini berlangsung.

Admin :

Jelas Sadio Mane adalah pemain penting Liverpool ketika ini namun kesemua pemain yang beraksi untuk Liverpool sangat penting untuk kelab berjuang mendapatkan piala pada musim ini.

Post Author: Nazz Adam