Jamie Carragher : “Gunakan Otak Anda, Lovren!”

Lagenda Liverpool itu menuding jari ke atas kesilapan Lovren di atas kemenangan Man United semalam.

Dejan Lovren telah dikritik oleh bekas pemain itu dengan menyifatkan beliau telah mengalami mimpi ngeri untuk mengawal pergerakan Lukaku pada perlawanan semalam.

Lovren tewas dalam dua situasi perebutan bola di udara, di mana kedua dua itu memberikan 2 gol awal buat Man United dalam separuh masa pertama semalam.

Walaupun Liverpool kembali dengan 1 gol menerusi jaringan sendiri Eric Bailly namun ianya tidak cukup untuk membantu The Reds untuk meraih sebarang mata dari Old Trafford.

Dan Jamie Carragher menyatakan bahawa Lovren sepatutnya memberikan tugas itu kepada Virgil Van Dijk.

Menurut Carragher dalam Sky Sports :

“Beliau terlalu yakin”.

“Beliau tidak sepatutnya bersaing dengan seorang pemain yang lebih berfizikal”.

“Saya bukanlah pemain yang terbaik ketika perebutan bola di udara tetapi saya sentiasa memberitahu Sami Hyppia untuk mengawal pergerakan pemain yang lebih berfizikal di udara. Lovren sepatutnya menggunakan otak untuk bermain. Lukaku bagaikan mesin, dengan saiz beliau sepatutnya tiada yang harus Lovren banggakan ketika bersaing dengan pemain itu”.

“Beliau ditewaskan banyak kali, dibuli, terima sahajalah pemain itu lebih gagah daripada anda. Gunakan otak anda!”

Dan ianya ditambah lagi oleh Graeme Souness, lebih lebih lagi untuk gol kedua Man United.

“Dejan Lovren dikalahkan oleh Lukaku, Emre Can bermimpi dan Marcus Rashford memiliki tuah dalam situasi itu”.

“Bola itu tepat jatuh ke kaki beliau dan rembatan itu melepasi Loris Karius. Anda berfikir Lovren akan kembali bersemangat namun sebenarnya tidak”.

“Rashford meletakkan namanya dalam senarai penjaring namun Lukaku memainkan peranan besar. Saya berpendapat Lovren akan mengalami mimpi ngeri selepas ini”.

Dan Souness mengakui bahawa Liverpool kecewa apabila mendominasi separuh masa kedua namun akhirnya tewas dalam perlawanan itu.

“Saya berpendapat ada banyak cara untuk bermain bolasepak sebenarnya daripada menguasai perlawanan 68% dan akhirnya kalah”.

“Tendangan terus Man United, flick, pemain muda masih bermimpi, diperdayakan dan penyudah yang baik oleh Marcus Rashford”.

“Kecewa, namun saya memuji bagaimana pendekatan permainan oleh Man United”.

“Adakah itu senang? Tidak. Penyokong melihat seolah olah Man United menguasai perlawanan namun sebenarnya pasukan itu bijak mengambil kesempatan. Kredit harus diberikan kepada mereka”.

ADMIN

Pemain Liverpool dikecam dan corak permainan Man United dipuji. Bertabahlah.

Sumber : Liverpool Echo

Related posts