Jamie Carragher Kembali Sebagai Pengulas Sky Sports

Beliau menjalani penggantungan oleh syarikat penyiaran itu selepas didapati bersalah meludah seorang penyokong Man United.

Bekas pemain Liverpool itu didapati meludah penyokong Man United bersama anaknya yang berusia 14 tahun selepas diekori dan diejek oleh mereka berikutan kekalahan Liverpool ke atas Man United pada Mac lepas.

Carragher baru baru ini telah bertemu dengan pengarah urusan Sky Sports, Barney Francis untuk membincangkan masa depannya bersama syarikat tersebut. Beliau menyatakan kekesalannya dan kedua dua pihak bersetuju untuk membolehkan Carragher muncul semula di kaca televisyen.

Dan semalam beliau telah muncul kembali bersama sama Gary Neville dalam perlawanan sulung EPL 2018 2019 ketika perlawanan Man United vs Leicester City.

Sebelum itu beliau juga telah muncul dalam siaran Piala Dunia 2018, ketika kekalahan England ke atas Croatia.

Carragher kembali ke kaca televisyen dalam siaran Premier League Launch Show pada Selasa lepas dengan menampilkan Vincent Kompany dan Pep Guardiola bersama sama rakan pengulas beliau Gary Neville.

Carragher sebelum ini telah meminta maaf di atas insiden itu, dengan menyatakan beliau tidak dapat mengawal emosinya ketika itu dan Sky Sports menyatakan insiden itu telah menjatuhkan imej seorang personaliti seperti beliau.

Difahamkan Carragher akan kembali bersiaran untuk perlawanan pada petang Isnin dan Jumaat sama seperti sebelum beliau digantung tugas.

 

ADMIN

Diharap Jamie Carragher dapat mempelajari dari kesilapan yang dilakukan beliau itu.

Sumber : RTE.ie / Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman