Jamie Carragher Menyokong Perpindahan Van Dijk Ke Liverpool

Bekas pertahanan Liverpool ini memberi pujian kepada Liverpool kerana berjaya mendapatkan Van Dijk tapi menegaskan dia perlu memenangi trofi untuk Liverpool sebagai pertahanan utama kelab.

The Reds mengumumkan perpindahan bernilai £75 juta pemain dari Belanda ini pagi tadi dengan Van Dijk akan serta merta menjadi pemain Liverpool pada 1 Januari kelak.

Pembelian Van Dijk menjadi rekod perpindahan tertinggi Liverpool dan menjadi pemain pertahanan termahal di dunia.

Ya. Carragher menyatakan tag harga mungkin akan membebankan prestasinya atas padang dan memberi tekanan kepadanya dan Van Dijk perlu memberi medal kejuaraan kepada Liverpool bagi membuktikan harga nya.

Carra memberitahu Sky Sports :

Ketika ini diseluruh dunia kekurangan pertahanan tengah kelas dunia, hatta kenapa begitu banyak kelab menginginkan khidmatnya menjadi sebab kenapa harganya terlalu tinggi.”

“Banyak pihak akan melihat yuran perpindahannya dan ia suatu yang normal kerana kebiasaanya pada harga tersebut adalah untuk penyerang.”

“Tapi walau berapa pun harga, jika dia bermain dengan baik dan melakukan kerja nya itu sudah cukup bernilai.”

“Satu pemain yang saya masih ingat pada 15 tahun lalu dengan yuran perpindahan tertinggi adalah Rio Ferdinand yang berharga £30 juta.”

“Namun dia membayarnya semula dengan menjadi bek tengah kelas dunia untuk Manchester United, memenangi trofi dan berada disana selama 10 tahun.”

“Itu yang harus Van Dijk lakukan. Membawa Liverpool memenangi trofi dan menjadi bek utama untuk Liverpool untuk tempoh sedekad.”

Carragher yang kekal menjadi salah satu bek tengah yang dominan untuk The Reds pada era Liga Perdana, ditanya mengenai kualiti yang dibawa oleh Van Dijk kepada kelab.

Dan kenapa Van Dijk memilih Liverpool dan bukannya kepab yang mungkin juara pada musim ini, Manchester City. Carra berkata, peranan penting di bawah Klopp akan menjadi motivasi kepadanya kenapa beliau memilih Liverpool.

Tambah Carra :

“Dia akan memberikan kelebihan dari segi saiz dan ‘pace’. Semua orang bercakap mengenai kepimpinan, saya fikir ia masih dapat dilihat dalam skuad ketika ini.”

“Namun, persembahannya musim lepas berbeza pada musim ini namun dia bertahan lebih baik berbanding skuad Liverpool ketik ini.”

“Dan sebab itu pengurus akan menjengah ke pasaran untuk meningkatkan pasukannya. Dan yang paling menarik adalah dia akan masuk ke Liverpool menjadi bek tengah utama dan jika dia ke Manchester City mungkin dia perlu berjuang sedikit untuk mendapatkan tempatnya.”

“Dia sepatutnya menjadi nama pertama dalam senarai barisan pemain Klopp. Tapi apabila melihat Van Dijk dalam beberapa bulan ini, dia perlu meningkatkan dirinya. Dia perlu cergas, mungkin akan kehilangan sedikit berat badannya.”

“Saya tidak pasti jika dia akan terus bermain untuk Liverpool, bagaimana Klopp suka menggilirkan pemain ketika ini klopp mungkin lebih suka melihat latihannya dulu melakukan persediaan untuknya. Tetapi saya fikirkan jika dia dalam keadaan yang bagus maka dia akan terus bermain dan saya tidak fikir dia akan dikeluarkan dari permainan.”

Carra menyokong penuh keputusan Liverpool dan pemain ini dengan menyifatkan Liverpool memerlukan Van Dijk bagi menambah baik bahagian pertahanan.

You’ll Never Walk Alone

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : This Is Anfield

Related posts