Jamie Carrangher – Peluang Untuk City Mengekalkan Kejuaraan Mereka Lagi Cerah

Jamie Carragher percaya Manchester City adalah pilihan terbaik untuk mengalahkan Liverpool dan mengambil alih tempat teratas. Juara bertahan, City menutup jurang antara pendahulu liga, Liverpool dengan empat mata pada pagi Jumaat selepas peroleh kemenangan 2-1 di Etihad.

Roberto Firmino menyerikan kedudukan pada babak pertama selepas Sergio Aguero menjaringkan gol pertama City tetapi Leroy Sane menjaringkan gol penentu dengan berbaki 20 minit untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool.

Legenda Liverpool, Carragher percaya Manchester City kini menjadi pilihan untuk mengangkat gelaran pada bulan Mei nanti.

“Melihat pada (ianya) sekarang, saya fikir City adalah pasukan terbaik dalam liga ini,” katanya kepada Sky Sports. ‘Saya fikir ia mungkin 50-50, peluang lebih memihak ke City, dan saya fikir mereka akan gunakan peluang mereka.

‘Saya fikir apa yang kita tidak ada selama beberapa tahun ini adalah perlumbaan gelaran yang ‘sebenar’. Akhirnya, rasanya kita mungkin ada pada musim ini. (City dan Liverpool masing-masing bersaing dengan penuh semangat untuk menaiki takhta)

“Untuk Liverpool, ya liga adalah segalanya. Tetapi untuk City, ia lebih daripada liga.

‘Jika Pep berada di sini selama lima tahun, tidak kira berapa banyak gelaran liga yang dia menang, dia akan diadili berpandukan Liga Juara-Juara, seperti ketika dia berada di Barcelona. Itulah perkara besar seterusnya untuk City lakukan. ‘

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Metro UK/ Sky Sports

Post Author: Wade Wilson