Jamie Redknapp : Naby Keita Ibarat Berada Di Liverpool Selama 8 Tahun!

Pemain berusia 23 tahun ini menyertai Liverpool musim panas ini namun telah berjaya menyesuaikan diri dengan baik bersama rakan sepasukan barunya.

Dan beliau hanya memerlukan 8 minit untuk mengejutkan Jamie Redknapp menerusi persembahannya bersama sama James Milner dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah ketika menentang West Ham United sebentar tadi.

Walaupun beliau lebih banyak bermain untuk menyokong pertahanan, namun Keita dilihat lebih banyak menguasai bahagian tengah dengan hantaran hantaran menarik dan larian pantas untuk mencipta ruang buat rakan sepasukan.

Dan apa yang paling menarik ketika perlawanan tadi adalah bagaimana beliau melakukan larian ke hadapan gol,  mencipta hantaran buat Robertson untuk satu hantaran lintang buat Mo Salah membuka gol pertama Liverpool.

Selain itu, beliau juga saling bekerjasama dengan trio serangan Liverpool iaitu Salah, Mane dan Firmino untuk mencipta ruang di hadapan gol meskipun hanya bersama dengan mereka sejak beberapa minggu lepas.

Dalam perbualan bersama LiverpoolFC.TV sebelum perlawanan, Keita berkata :

“Kami telah melakukan banyak tugasan ketika latihan pramusim. Saya berpendapat kami telah bersedia di pelbagai peringkat”.

“Ianya tidak sukar untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan baru. Saya telah banyak belajar daripada trio serangan di hadapan”.

Dan sebahagian besar penyokong memahami apa yang dimaksudkan oleh Naby Keita, dan salah seorangnya adalah bekas pemain Liverpool iaitu Jamie Redknapp.

“Saya menyaksikan Naby Keita bermain selama 8 minit namun beliau bermain bagaikan 8 tahun di sini”.

“Beliau telah mengetahui apa yang dimahukan oleh Sadio Mane, beliau sentiasa mahu memberikan bola kepada beliau. Keita telah menjadi pemain penting di sini sejak hari ini”.

ADMIN

Anda setuju dengan pandangan Redknapp? Saya sendiri secara dasarnya bersetuju. Beliau beraksi dengan amat baik hari ini.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman