Jan Molby : Saya Percaya Mo Salah Semakin Hampir Menjadi Pemain “Serba Lengkap”

Pemain Mesir ini menjaringkan gol peribadi ke 30 beliau – dan membuktikan tanggapan awal Molby itu silap.

Dan lagenda Liverpool itu mendakwa Mo Salah semakin menghampiri untuk menjadi “pemain lengkap” selepas perlawanan tersebut.

Sadio Mane pula melengkapkan hatrik bagi meletakkan Liverpool dalam situasi amat selesa untuk ke Suku Akhir UCL 2017 2018.

Dalam perlawanan itu juga Mo Salah memperagakan skil beliau untuk melepasi penjaga gol dan seterusnya menjaringkan gol kedua buat Liverpool.

Dan Molby berpendapat Salah telah menunjukkan kesemua potensi yang beliau mampu lakukan sejak ketibaan beliau di Anfield.

Menurut Molby menerusi kolum di Liverpool Echo :

“Saya menyukai jaringan yang dilakukan Mo Salah”.

“Tiada apa yang dapat digambarkan tatkala menyaksikan pemain yang setenang beliau di mana ramai yang meragui kemampuan dirinya ketika tiba di Liverpool termasuk saya sendiri”.

“Beliau sentiasa mahukan perubahan dalam permainannya. Dan jika anda melihat jaringannya ketika menentang Spurs, Salah semakin hampir untuk menjadi pemain yang lengkap”.

“Saya merupakan peminat kepada pemain yang bermain dalam ketenangan, di mana Salah memiliki itu. Bagaimana beliau melakukan sedikit “keepy uppy” ( timbangan bola ) dan penyudah yang tenang dengan dia tahu jaringan itu akan terhasil bagaikan masa itu terhenti seketika”.

“Sesekali ianya akan terjadi dalam bolasepak. Beliau merasakan yang beliau menguasai tempo perlawanan perlawanan itu dan mengawal situasi perlawanan dengan kelajuan yang dimilikinya”.

“Banyak jaringan yang dilakukan Salah adalah jaringan yang dilakukan pemain lain kebiasaannya, namun beliau juga mampu melakukan jaringan seperti itu pada Rabu lepas”.

Berikut adalah ulang tayang mengenai gol Mo Salah dalam perlawanan menentang Porto.

ADMIN

Apa yang boleh kita perkatakan mengenai kehadiran Mo Salah ketika ini? Top class.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman