Jangan Cepat Gelabah, Wijnaldum Yakin Reds Kekal Hebat

Liverpool baru sahaja selesai menjalani tujuh perlawanan berturut-turut dalam tempoh 23 hari.

Georginio Wijnaldum pula diturunkan dalam kesebelasan utama untuk enam daripada tujuh perlawanan tersebut, dan merasakan yang selepas ini The Reds tidak perlu lagi untuk menempuh situasi sama seterusnya di musim ini.

Perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan pada hari Ahad dengan juara Liga Perdana Manchester City, merupakan perlawanan terakhir dalam tempoh ujian jadual yang padat gila-gila antara September sehingga Oktober sebelum rehat antarabangsa.

Perlawanan menentang Tottenham Hotspur, Paris Saint-Germain, Southampton, Chelsea (dua kali), Napoli dan City, yang mana memberi ujian yang perit untuk dihadapi Reds, tetapi pasukan Jürgen Klopp berjaya juga meraih rekod tanpa kalah dalam Premier League, dan cemerlang mengalahkan PSG dalam Liga Juara-Juara.

Namun, Wijnaldum dari awal permulaan musim lagi telah memperingatkan Liverpool, agar mengekalkan kelebihan yang diperolehi sepanjang musim ini dan cuba untuk menambahbaik lagi keunggulan Liverpool bagi setiap perlawanan.

Akui Wijnaldum, seluruh skuad Reds sendiri juga telah menjangkakan akan kehebatan Liverpool di permulaan musim ini, dalam masa yang sama cuba untuk mengekalkan konsistensi pasukan dalam tahap semaksimum mungkin. Agar, setiap perlawanan tidak ada perbezaan jurang aksi persembahan yang besar.

Dengan sedaya upaya mereka cuba untuk membahagikan masa secukupnya untuk tampil sentiasa segar, penuh keyakinan dan kekal positif.

Yang bermakna, mereka perlu untuk melakukan sesuatu sekiranya terlibat dalam banyak perlawanan, seperti UCL, PL mahupun Carabao Cup. Yang tidak semua pasukan di Premier League perlu melaluinya, tapi Liverpool sangat menikmati semua itu.

Liverpool sudah tahu apa yang perlu dilakukan, sekiranya ingin bersaing untuk memenangi kejuaraan pada musim ini. Seperti City, musim lalu hanya kehilangan dua perlawanan dan bermain beberapa perlawanan dengan memperolehi keputusan seri.

Jelas Wijnaldum lagi, segala keputusan dan mata yang diperolehi Liverpool bagi permulaan musim ini adalah satu langkah awal yang baik.

Tetapi, tetap perlu untuk memastikan yang skuad Reds menguruskannya sehingga ke akhir musim ini untuk memastikan ia kekal konsisten terunggul.

Kemudian, pada akhir musim, barulah boleh memastikan samada Reds benar-benar layak untuk memenangi sesuatu, dan ukuran bukannya dibuat pada permulaan musim.

Yang jelas lagi pasti, Liverpool harus kekal konsisten seperti apa yang telah mereka jalani sekarang ini.

Admin :

Korang dah paham ?

Jangan cepat menghukum, Klopp tahu dan skuad Reds sendiri sedar apa yang sedang mereka usahakan. Mereka tahu apa yang kini mereka sedang jalani, bukan untuk sesiapa, tapi demi untuk memperolehi sesuatu kejayaan, kejuaraan mungkin pada akhir musim.

Untuk siapa ?

Ya !
Untuk kita juga. Jadi, bawa bertenang, jangan cepat gelabah itu ini, Klopp lebih tahu apa yang terbaik buat skuad merah Liverpool ini.

Sudah lama dia rancang untuk memberikan sesuatu buat Liverpool. #ijkwt !

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds