Jaringan Sturridge Menentang Chelsea Dinobatkan Sebagai Gol Terbaik Bulanan

Jaringan itu diiktiraf sebagai gol terbaik EPL pada bulan September.

Pemain itu menjaringkan gol pada lewat perlawanan buat Liverpool bagi membolehkan kedua dua pasukan berkongsi mata di Stamford Bridge.

Sebaik sahaja dimasukkan pada minit ke 86, Sturridge melakukan percubaan dari jarak 25 meter setelah menerima hantaran daripada Shaqiri dan melencong masuk menewaskan Kepa Arrizabalaga ketika itu.

Jaringan itu kemudiannya diiktiraf sebagai gol terbaik bulan ini setelah mendapat undian tertinggi daripada peminat dan juga berkemungkinan dinobatkan sebagai gol terbaik musim ini.

Saksikan kembali jaringan Daniel Sturridge dalam perlawanan tersebut :

ADMIN

Adakah Daniel Sturridge sudah layak untuk diturunkan dalam kesebelasan utama selepas ini?

Sumber : Liverpool FC dan Youtube

Post Author: Mohd Nuruzzaman