Jaringan Tunggal Mo Salah Bawa Liverpool Ke Tempat Kedua EPL

Meskipun menang, Liverpool masih bergelut untuk mencapai prestasi terbaik mereka seperti sebelumnya.

Jurgen Klopp membuat rombakan berikutan beberapa siri kecederaan pemain utama seperti Naby Keita dan Sadio Mane dengan menurunkan Shaqiri, Sturridge dan Adam Lallana dalam kesebelasan utama sambil membuat keputusan merehatkan Gini Wijnaldum.

Liverpool memulakan perlawanan dengan agak gopoh dengan kerap kali kehilangan bola dengan mudah dan gagal membina serangan dengan baik pada awalnya.

Namun Liverpool perlahan lahan cuba mencari ruang untuk menyerang dan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke 24.

Bermula dari gerakan Joe Gomez yang melorongkan bola kepada Shaqiri, beliau berjaya menemui Mo Salah di dalam petak penalti dan lorongan itu berhasil memberikan gol pendahuluan buat Liverpool.

Perlawanan selepas itu bertukar agak hambar dengan kedua dua pasukan cuba membuat gerak atur menyerang namun sering tersekat dek kekebalan benteng Liverpool mahupun mudahnya pasukan itu kehilangan kawalan bola.

Satu satunya percubaan bahaya oleh Huddersfield adalah menerusi sepakan percuma Billings dari luar petak yang seakan akan masuk ke gawang namun hakikatnya keluat pada minit ke 39.

Pritchard hampir membuka jaringan penyamaan pada minit ke 43, tetapi kuisan lambungnya dibatalkan serta merta oleh pengadil kerana telah ofsaid terlebih dahulu.

Bersambung babak kedua, Gini Wijnaldum dibawa masuk untuk menggantikan Jordan Henderson yang difahamkan mengalami sedikit kecederaan ketika itu.

Beberapa percubaan khususnya daripada Sturridge pada minit ke 49 tidak menepati sasaran, dan satu satunya percubaan yang membolehkan Liverpool menjarakkan gol adalah menerusi Mo Salah pada minit ke 64 apabila sepakan beliau hanya sipi dari pintu gol Huddersfield walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol ketika itu.

Minit ke 70 menyaksikan Adam Lallana yang meminta dikeluarkan disebabkan kecederaan dan sekaligus memberi ruang Fabinho untuk beraksi di bahagian tengah.

Peluang keemasan untuk menembusi benteng Huddersfield tiba pada minit ke 74, setelah Shaqiri membuat hantaran terus ke larian Robbo di dalam petak penalti Huddersfield namun dihadang oleh pertahanan lawan.

Minit ke 76 menyaksikan Roberto Firmino dibawa masuk dan James Milner terus dikeluarkan.

Dan peluang terakhir Reds untuk menambah gol adalah menerusi Mo Salah namun gagal menguis bola di hadapan pada minit ke 88.

Kedudukan itu terus kekal hingga ke wisel penamat perlawanan.

ADMIN

Sukar nak percaya kita boleh menang game ni, tapi itu adalah hakikat yang perlu diterima hari ini.

Apapun 3 mata, good job and YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman