Jawapan Jujur Keita Buat Persoalan Yang Ditanyakan Peminat Reds Seluruh Dunia

Dari panggilan ‘Baby Keith’ untuk beliau, seterusnya lagu LFC buat dirinya sehingalah kepada pelukan Klopp, Keita menjawab semua 23 soalan yang diajukan peminat kepadanya.

Jadi, di manakah Keita menyimpan botol sos tomato beliau ?

Adakah Keita telah mendengar lagu LFC yang baru dicipta peminat buat dirinya ?

Dan apakah Keita tahu berkenaan panggilan ‘Baby Keith’ untuk beliau, yang disebabkan oleh ‘autocorrect’ ?

Silakan baca, untuk mengetahui jawapan jujur dari Keita sendiri, dan banyak lagi perkara yang terungkai mengenai NK8 yang tidak kita ketahui sebelum ini.

  • Siapa yang lebih pandai menari, awak atau Sadio Mane ?

Semestinya saya.
Sebabnya, dari kecil lagi sejak di Guinea, saya biasa menari di rumah, dan saya juga seorang yang suka mendengar lagu.

  • Sebagai seorang pemain bola sepak, apa yang boleh awak tafsirkan tentang diri sendiri ?

Ok, setiap hujung minggu saya akan keluar ke padang dengan rakan sepasukan saya, dan setiap kali kita menang, itu yang memberi saya rasa keseronokan.

Bukan menjadi satu perkara yang penting untuk saya menjaringkan gol, tetapi jika saya dapat melakukannya, itu amat mengembirakan saya. Tetapi kunci utama saya sebagai seorang pemain tengah adalah, untuk memenangi bola kembali dan kemudian mengedarkan bola kepada penyerang pasukan dan memberi peluang untuk mereka menjaringkan gol.

  • Nyatakan 3 benda yang akan awak bawa untuk ke sebuah pulau di padang pasir ?

Saya akan membawa bola kecil, supaya saya dapat bermain-main dengannya, seterusnya secara tidak langsung dapat membuat saya berasa tenang.

Dan lebih bagus lagi sekiranya ada gym, saya dapat terus mengekalkan bentuk fizikal saya dalam keadaan terbaik. Saya juga ingin mempunyai sebuah bot kecil, mudah untuk saya mengelilingi di sekitar pulau itu.

  • Adakah awak mempunyai sebarang kepercayaan tahyul sebelum turun dalam perlawanan ?

.. untuk jawapan ini, korang WAJIB klik link dibawah ini, kerana LMreds awal tempoh hari sudah siar terlebih dahulu jawapan bagi soalan ini.

Keita, Doakan Keselamatan Semua Termasuk Pemain Lawan Setiap Kali Sebelum Perlawanan

  • Apa rancangan awak selepas awak bersara dari dunia bola sepak ?

Saya akan kembali ke Guinea dan menubuhkan sesuatu yang akan membantu kanak-kanak disana, dan mungkin mencari jalan untuk mereka bermain bola sepak di Eropah, seperti apa yang telah saya lakukan sekarang ini.

  • Apakah makanan kegemaran awak ?

Saya suka salad !
Tomato, timun dan banyak lagi sayur-sayuran yang sihat yang boleh ditambah dalam semangkuk salad. Ya, saya sangat suka makan salad.

  • Siapakah di dunia yang boleh membuatkan awak ketawa ?

Secara umumnya, saya suka semua pelawak. Kerana mereka boleh membuatkan saya ketawa terbahak-bahak.

Malah, kadang kala sebelum perlawanan, saya ada masanya akan menonton beberapa klip yang boleh membuatkan saya ketawa, dan itu dapat membantu saya untuk tenangkan diri.

Saya suka Kevin Hart.

  • Awak suka minum kopi atau teh ?

Teh, tiada susu atau lemon, tetapi teh pudina.

  • Jenis muzik yang awak suka ? Dan siapa penyanyi kegemaran awak ?

Semestinya saya mendengar banyak muzik Guinea, dan saya juga mendengar muzik hip-hop Amerika. Artis Guinea kegemaran saya adalah Soul Bang.

  • Jika awak boleh menjemput empat orang untuk makan malam bersama, siapakah mereka dan mengapa ?

Saya akan menghubungi keluarga saya. Mak, ayah dan dua orang saudara saya. Kadang-kadang saya menjemput kawan saya dan kami makan bersama. Saya dan Mane juga sering makan bersama-sama.

Saya juga ada masanya turut memasak sendiri untuk makan malam. Dan kadangkala chef yang disediakan Liverpool akan datang masak untuk kami makan malam. Pada masa-masa tertentu, saya akan ke rumah Mane, dia masak dan kami makan bersama. Dan pada masa lain, Mane pula yang datang masak kat rumah saya untuk kami makan bersama. Dengan masak sendiri, ia dapat membantu kita mengelak dari makan apa sahaja. Kerana, makan diet seimbang yang tepat sangat penting bagi kami, pemain bola sepak Liverpool.

  • Apakah nasihat yang paling bermakna yang pernah diberikan kepada awak ?

Saya masih ingat lagi, nasihat daripada ayah saya. Setiap kali saya menghadapi kekalahan dalam perlawanan, dia akan menelefon saya dan berkata, :

Ini adalah lumrah perlawanan. Walaupun telah diberi dengan sebaiknya, kekalahan tetap berlaku. Dan ia sentiasa akan berulang, tetap harus kuat dan jangan sesekali menyerah kalah serta putus asa. Terus berusaha dan bekerja keras.

  • Apakah pandangan awak tentang cuaca di England ?

Kerap hujan, tapi saya sudah biasakan diri dengannya. Saya di sini untuk bermain bola sepak, cuaca hujan hanyalah sebahagian dari ciptaanNya, dan itu kita tidak ada pilihan untuk mengelak. Saya pun telah berada disini, jadi harus hadapi dan terimanya dengan redha. Ada juga yang memberitahu saya tentang suhu yang begitu sejuk pada musim sejuk. Lagi sekali, itupun perlu untuk saya biasakan diri sebagai seorang pemain bola sepak. Tapi sekarang, cuaca baik.

  • Apa pendapat awak tentang lagu ini ?

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka. Lagu ni membuatkan saya mahu beraksi dengan lebih hebat lagi ketika di padang, seterusnya dapat membuatkan semua peminat gembira.

  • Gambaran tentang pelukan Klopp ?

Dia berikan pelukan kepada semua orang. Saya sangat sukakan dia. Dia seorang yang adil. Beri layanan sama rata pada semua. Semua pemain adalah sama baginya, dia rapat dengan semua pemain. Semasa latihan pun, walaupun dengan mereka yang tidak bermain pada masa itu, dia tetap layan mereka sama macam mana dia layan pemain yang lain. Jika di peluk selepas perlawanan, saya rasa sebab kami telahpun memenangi perlawanan tersebut, dan juga kami telah melakukan kerja yang baik semasa perlawanan.

  • Apakah kenangan terindah di zaman kanak-kanak awak ?

Banyak.
Masa saya masih kecil, kami pernah bermain dalam perlawanan kalah mati di jalanan. Saya sentiasa bertekad untuk bermain dengan baik dan mereka dijalanan ada yang berkata kepada saya, yang saya satu hari nanti akan bermain di Eropah. Tetapi pada masa itu saya hanya berumur 8 atau 10 tahun, jadi saya tidak tahu apa yang dimaksudkan mereka dengan pergi ke Eropah atau bagaimana untuk melakukannya. Saya mula fokus dan menumpukan sepenuh perhatian saya dalam bermain bola sepak pada masa umur saya 15 ke 16 tahun.

Tetapi kenangan yang paling tidak akan saya lupakan, ketika saya bermain bola sepak dijalanan. Dengan berjaya menjaringkan begitu banyak gol. Kami bermain sepanjang malam, dari pukul 6 atau 7 petang selepas balik dari sekolah, sampailah ke malam.

  • Apakah kenangan yang paling memalukan sepanjang hidup awak ?

Ada satu kali di Salzburg, saya terlupa bawa but saya. Punya lah gelabah, nak turun dalam perlawanan but tidak ada, nasib baik ada ganti but yang lain. Malu, sebab semua orang memerhatikan saya di ketika itu.

  • Adakah awak biasa menyanyi di bilik mandi ? Jika ya, lagu apa yang awak biasa nyanyikan ?

Biasa kami nyanyi ramai-ramai di bilik mandi Melwood. Pasang ja lagu, semua yang sedang mandi akan turut serta dan menyanyi bersama-sama.

Di rumah ya, saya sering memasang lagu ketika saya mandi dan saya mendengarnya sambil menari dalam masa yang sama.

  • Sebagai seorang pemain bola sepak, bagaimana awak menangani sebarang kritikan ?

Bagi saya secara peribadi, kritikan adalah sebahagian daripada tugas kita. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Jika saya dikritik sekalipun, saya hanya dapat bekerja dengan lebih keras lagi, dan sesekali tidak akan melayan kritikan tersebut. Kerana ianya boleh mempengaruhi permainan saya nanti. Saya hanya mampu melakukan segala upaya saya untuk membantu pasukan memenangi perlawanan.

  • Siapakah pemain yang paling sukar yang pernah awak hadapi ?

Ketika saya beraksi dalam perlawanan menentang Bayern, Xabi Alonso selalu menyusahkan saya. Dia sangat berpengalaman, dan seringkali membuatkan saya menderita. Berlawan dengan Alonso, bermakna kita tidak boleh berhenti berlari. Dia sangat pintar.

  • Kenapa awak selalu kelihatan gembira ?

Ibu saya selalu memberitahu saya supaya tidak mudah emosi dengan sesuatu perkara. Yang mana, kita harus sentiasa membuat yang terbaik dan sentiasa gembira. Itu yang memberi saya kekuatan dan motivasi, supaya tidak mudah bersedih dengan sesuatu perkara. Semuanya yang berlaku bersebab, dan sudah dirancang sebaiknya oleh Allah untuk kita. Oleh itu, kita harus sentiasa gembira dan bersemangat. Walaupun mustahil untuk kita bergembira di setiap hari, tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba.

  • Dimanakah awak menyimpan sos tomato ? Dalam peti sejuk atau almari ?

Tengok keadaan.
Ada masanya saya simpan dalam peti sejuk, kalau saya terlupa, saya hanya tinggalkannya didapur, selepas guna. Lagipun, saya jarang menggunakannya kerana saya selalu makan di sini.

  • Perlawanan manakah yang paling awak nantikan di musim ini ?

Saya tidak berminat dengan perkara seperti itu, kerana saya seorang yang menganggap setiap pasukan itu adalah sama. Saya bermain menentang setiap lawan pada tahap yang sama dan dengan kekuatan yang sama, dan yang paling penting ialah memenangi perlawanan tersebut. Tiada satu perlawanan pun yang lebih penting daripada yang lain. Bagi saya, tiada pasukan bawahan mahupun perlawanan yang mudah. Semua perlawanan adalah sama. Perlu untuk sentiasa fokus dengan sepenuhnya bagi setiap perlawanan, demi mencapai kemenangan.

  • Adakah awak sedar, berkenaan panggilan nama awak ‘Baby Keith’ ?

Tidak !
Saya tak tahu tentang itu. Tapi, saya akan mencubanya nanti ..

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds