Jersi “Home” Liverpool FC Habis Terjual – Pihak LFC Online Store Terpaksa Memohon Maaf

Ini berikutan permintaan tinggi peminat Liverpool terhadap jersi keluaran New Balance tersebut.

Dan permintaan tinggi itu melibatkan jersi merah The Reds hingga pihak LFC Online Store terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi untuk bahawa mereka sudah kehabisan stok jersi tersebut.

LFC Online Store terpaksa mengumumkan bahawa peminat yang membeli akan diletakkan dalam senarai pre order, dan berharap stok baju itu akan berada di pasaran pada pertengahan Februari ini.

Menurut kenyataan rasmi dari LFC Online Store :

“Berikutan permintaan tinggi daripada jersi home kami, kami kehabisan stok untuk kebanyakan jersi tersebut. Jersi musim 2018 2019 merupakan kejayaan penjualan bagi pihak kami”.

“Untuk memenuhi permintaan peminat, kami telah menempah semula jersi tersebut dan memastikan semua pelanggan memilikinya secepat mungkin”.

“Peminat akan dimaklumkan sejurus sahaja kami mendapat stok terbaru yang dijangka akan tiba pada pertengahan Februari”.

Musim lepas jersi keluaran New Balance ini juga mencatatkan penjualan tertinggi sebelum dipintas oleh jersi keluaran musim ini buat masa sekarang.

Perjanjian antara New Balance dan Liverpool masih kekal sekurang kurangnya hingga musim 2019 / 2020 dan perbincangan untuk lanjutan kontrak masih berlangsung namun Liverpool masih membuka tawaran untuk tajaan daripada jenama lain.

ADMIN

Sampai Online Store pun terpaksa announce mereka kehabisan stok. Memang untung lagi la season ni.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman