Joe Gomez Diamkan Neymar & Brazil Dengan ‘MOTM’

Joe Gomez beraksi dengan sangat cemerlang untuk minit penuh perlawanan persahabatan antarabangsa diantara England menentang Brazil.

Gomez kini akan kembali ke Liverpool, dan cuba untuk mendapatkan pengesahan Jurgen Klopp, samada akan diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana yang seterusnya menentang Southampton pada hari Sabtu ini.

Walau bagaimanapun, dalam perlawanan awal pagi tadi menyaksikan, pertahanan Liverpool itu begitu kukuh dalam mempertahankan gawang England dari dicerobohi.

Diturunkan dalam kesebelasan utama England yang pertama bagi Gomez, pemain berusia 20 tahun itu begitu hebat di sebelah kanan diantara tiga pemain pertahanan England.

Sangat cemerlang dalam mengekang pencerobohan yang cuba dilakukan Coutinho, Neymar dan Gabriel Jesus.

Kesudahannya, perlawanan berakhir seri tanpa jaringan.

Jelas Gomez selepas perlawanan, bagi beliau yang merupakan seorang yang baru terlibat dalam skuad senior, pengalaman ini cukup hebat baginya.

Sehingga sampai ke tahap sekarang ini, wakili negara, dan beraksi menentang pasukan seperti Brazil, dengan semua pemain yang dimiliki, Gomez gembira apabila England berjaya mengikat Brazil 0-0.

Prestasi Gomez menentang Neymar juga menarik pujian dari penjaga gol England, Joe Hart.

Yang mana, Hart berkata, beliau tidak boleh bercakap tentang tahap tertinggi prestasi Gomez.

Cuma yang jelas lagi pasti, Gomez bermain menentang salah seorang pemain yang ‘terhangat’ di dunia, dan telah melakukannya dengan begitu hebat sekali.

Bos England, Southgate juga turut positif dengan aksi bertenaga Gomez, sehingga mengatakan, yang aksi Gomez menentang para pemain hebat didunia, cukup memberangsangkan.

Walaupun pertahanan England ternyata luar biasa hebat, tetapi khusus buat Gomez, kerana untuk bermain dalam perlawanan seperti itu dengan pengalaman yang sedikit yang beliau ada, Gomez memang yang terbaik.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#onceatedalwaysared🌹

Related posts