Joel Matip : Saya Mahu Buktikan Di LFC Yang Saya Juga Antara Yang Terbaik

Joel Matip telah mendedahkan yang peluang untuk menguji dirinya ‘dengan yang terbaik’ adalah faktor pendorong dalam keputusannya untuk berpindah ke Liverpool pada musim panas ini.

watermak copy

Bek tengah ini muktamad dengan keputusannya untuk beralih arah daripada FC Schalke awal bulan ini selepas bersetuju untuk menyertai The Reds pada bulan Februari yang lalu.

Dan selepas menghabiskan kerjaya profesionalnya dengan kelab Bundesliga, Matip mengakui peluang untuk mencuba nasib dalam Premier League adalah sesuatu yang dia tidak dapat menolak.

Beliau berkata, :

“Sebab itu saya datang ke sini. Saya mahu bermain dengan yang terbaik untuk menjadi yang lebih baik.”

“Itu adalah pemikiran saya dan pilihan saya dan saya sangat bermaksudkannya.”

“Ada tekanan tetapi saya mahu itu – ia adalah sebab mengapa saya datang ke sini. Saya fikir saya sudah cukup baik dan saya akan menunjukkannya.”

“Memimpin adalah sesuatu yang saya harus untuk memperkembangkannya lagi, tapi saya juga pasti saya mampu untuk jawatan itu dengan cara saya mendekati permainan.”

“Kelebihan saya? Saya sangat baik bermain bola tinggi, terutama di sudut dan ‘set-piece’.”

Premier League lebih mengutamakan kekuatan fizikal dan saya perlu menyesuaikan diri sedikit kerana gaya permainan adalah sedikit berbeza. Dan saya berkeyakinan penuh untuk mengatakan yang saya cukup baik untuk itu.”

Sejak menjalani latihan awal pra-musim di Melwood pada 2 Julai yang lalu, Matip telah diturunkan dalam kedua-dua perlawanan pra-musim Liverpool setakat ini menentang Tranmere Rovers dan Fleetwood Town.

Sambung pemain antarabangsa Cameroon ini, :

“Saya sangat selesa menetap di sini. Orang ramai juga baik dengan saya dan ia adalah satu pengalaman baru yang hebat. Saya amat gembira berada di sini.”

“Selama 16 tahun saya di Schalke. Ia adalah kelab kampung halaman saya, saya membesar di sana di sepanjang hidup saya dan ia adalah satu keputusan yang besar untuk tinggalkannya. Tak mudah untuk tinggalkannya. Tapi, menjadi mudah untuk buat keputusan apabila ingin menyertai Liverpool.”

“Dari kanak-kanak lagi saya mahu bermain dalam Premier League dan Liverpool adalah kelab yang hebat dan terkenal yang semua orang tahu, jadi ia adalah satu penghormatan besar untuk boleh bermain bersama mereka.”

“Ia adalah satu keputusan yang mudah dan saya sangat gembira. Saya mempunyai keputusan untuk tinggal di Schalke atau keluar ke dunia yang baru dan saya gembira dengan keputusan yang saya buat ini.”


Lihat juga, bagaimana sambutan untuk ‘Jimmy’, ketika dia meninggalkan Schalke :

http://liverpoolmalaysianreds.com/2016/05/joel-matip-mengucapkan-selamat-tinggal-dengan-penuh-emosi-kepada-penyokong-schalke-untuk-bersama-liverpool/

#ynwa!
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds