John Aldridge : Klopp Hadapi Saat Sukar Untuk Memilih Pemain Tengah

Beliau memberikan pandangan terhadap situasi pasukan ketika ini dalam kancah UCL.

Situasi dalam UCL sekarang semakin menarik untuk disaksikan.

Ianya satu pertandingan yang menarik dan sentiasa menjadi sasaran utama Liverpool untuk meraih kejuaraan berbanding EPL.

Meskipun kedudukan Liverpool agak selesa sekarang, tidak bermakna cabaran UCL dipandang remeh ketika ini. Sudah pasti The Reds tidak memandang mudah cabaran Bayern meskipun beberapa pemain mereka mengalami kecederaan. Liverpool turut mengalami situasi yang sukar.

Ketiadaan Virgil Van Dijk pastinya dirasai di bahagian pertahanan. Dan sukar dipertahankan jika tiadanya pemain yang boleh mengawal situasi di bahagian pertahanan.

Liverpool boleh menjaringkan gol di luar Anfield, tetapi Bayern juga mempunyai beberapa pemain yang bagus dan boleh juga menjaringkan gol di Anfield.

Bayern mungkin mengalami situasi tidak menyenangkan dalam Bundesliga, mungkin standard yang mereka miliki namun mereka dapat menggunakan peluang ini untuk meraih keyakinan mereka semula. Dan ia bakal menjadi perlawanan yang sukar buat Liverpool.

Manakala Liverpool pula mencuba untuk bermain dan kembali menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam kancah yang sama musim lepas.

Tidak dinafikan ketika itu skuad Liverpool amat bagus. Menentang Porto, Man City dan Roma semuanya berjalan lancar.

Namun Liverpool tidak bermain sebegitu lagi musim ini. Mereka lebih mengutamakan situasi bertahan dan itu sebabnya kehilangan beliau bakal dirasai.

Van Dijk memberikan ketenangan ketika bermain. Sesiapa yang menggantikan bakal menghadapi situasi sukar dalam mengekang bahagian serangan Bayern. Ianya penting bagaimana Liverpool menguruskan perlawanan ini dengan baik.

Kemungkinan besar Fabinho bakal digandingkan dengan Joel Matip di bahagian pertahanan. Ianya bukan sesuatu yang ideal meskipun beliau bermain di posisi itu buat pertama kali ketika menentang Brighton. Ketika itu Van Dijk beraksi di samping beliau dan memberikan pengaruh yg cukup besar.

Fabinho mungkin merasai kehilangan kerana Matip lebih mengawal permainannya sendiri. Beliau bukan juga suka bercakap banyak mahupun seorang pemimpin di atas padang.

Berbanding Van Dijk, beliau memberi perhatian kepada pemain lain sambil bermain mengikut caranya.

Liverpool juga harus menitikberatkan pertahanan tengah untuk melindungi pertahanan sebenar.

Kebiasaanya jika Klopp mahu menyekat barisan tengah lawan, gandingan Wijnaldum, Henderson dan Milner akan menjadi pilihan. Mereka lebih banyak pengalaman dalam menguruskan situasi sebegini.

Naby Keita adalah pemain ‘super’ ketika perlawanan menentang Bournemouth, namun tugss ini adalah terletak pada Klopp. Beliau lebih tahu pemain yang boleh melakukan tugas tersebut.

Dan ianya tidak menghairankan jika Klopp cuba melakukan sesuatu dan mempercayainya.

Seri bukanlah sesuatu yang bagus buat Liverpool. Kemenangan 1 – 0 adalah baik, dan 2 – 0 lebih bagus situasinya.

Namun tidak melepaskan gol kepada lawan turut memberikan faktor penting.

ADMIN

Sesiapa sahaja yang diturunkan, kita letakkan kepercayaan kepadanya. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

 

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman