John Aldridge : ‘Perjudiaan’ Liverpool Dapatkan Virgil Van Dijk, Mungkin Mula Berbuah

Salah satu efek buruk yang berlaku ketika Liverpool membuat keputusan sanggup membayar £75 juta untuk dapatkan Virgil van Dijk daripada Southampton pada bulan lepas adalah ianya akan memberikan tekanan kepada pemain itu dan Liverpool untuk menjustifikasikan harganya.

Pemain itu akan berada dalam tekanan yang besar untuk hidupkan kariernya berdasarkan tag harga perpindahannya. Namun, ianya memberi satu petanda yang besar bahawa jumlah pembelian tersebut mungkin berbaloi berdasarkan prestasinya.

Harga pembiayaan Liverpool mendapatkan Van Dijk mungkin telah diinflasi.

Dalam lanskap bola sepak sekarang, anda harus mendapatkannya atau anda mungkin kehilangan pemain terbaik kepada pasukan lain.

John Alridge dalam penulisannya menyatakan Liverpool perlu mendapatkan Van Dijk setahun yang lepas selepas Liverpool benar berjaya mendapatkannya.

“Saya percaya skuad jurgen Klopp berjaya menewaskan FC Porto 5-0 dalam Liga Juara Eropah yang lepas, setelah berjaya menambah ramuan ke dalam pasukan dengan pembelian seorang pemain ini.”

Liverpool tidak mempunyai ketua di beberapa kawasan utama dalam masa yang sangat lama. Ketiga trio serangan Liverpool iaitu Mohamed Salah, Roberto Firmio dan Sadio Mane menerima banyak kredit dalam pasukannya.

Yang kita tidak sedar adalah kehadiran Van Dijk yang berada di belakang sebagai ketua (bersama Jordan Henderson dan James Milner yang boleh dikatakan memiliki karektor sebagai seorang yang vokal) kini adalah ‘added value’ kepada pasukan Liverpool.

Ianya bukan sesuatu yang sukar untuk seorang pemain menyertai kelab sebesar Liverpool ini dan mengadaptasi dengan pantas daripadanya. Tetapi ketika ini, kita mampu melihat karisma Van Dijk di atas dan di luar padang.

Trent Alexander-Arnold dalam perlawanan kali ke-228 Merseyside Derby Liverpool vs Everton.

Van Dijk memiliki kebanggaan dan keyakinan kepada diri sendiri. Sesuatu yang sebelum ini tidak dimiliki oleh Liverpool yang seharusnya dipunyai oleh semua bek tengah.

Kehadiran van Dijk juga menyebabkan pemain di sebelahnya (bek tengah) yang dipasangkan bersamanya kelihatan lebih bagus dan bertenaga.

“Anda juga boleh lihat bagaimana Van Dijk ‘berani’ berkata tentang pemain Spurs, Erik Lamela yang menjatuhkan badannya serta beberapa keputusan yang dipertikaikannya dalam perlawanan Liverpool menentang Spurs lepas.”

Dalam temuramah yang sama, van Dijk menyatakan dirinya tidak kisah tentang pendapat peminat yang mahu memberikan tekanan kepadanya hanya disebabkan yuran perpindahan yang tinggi.

Pada asasnya, van Dijk memiliki segalanya yang anda mahukan sebagai seorang pemain bek tengah.

“Saya rasakan Van Dijk mampu untuk membantu satu isu yang terlalu lama bagi Liverpool sebelum ini, iaitu di bahagian tengah yang sebelum ini sentiasa retak (kehadiran van Dijk mungkin menjadi solusi).”

Mungkin nampak sedikit kurangnya adalah bahagian kecergasan yang mungkin dimahukan oleh Jurgen Klopp. Tetapi, mungkin semua orang boleh lihat Van Dijk pasti dapat mendapatkan tahap tersebut berdasarkan prestasi yang ditonjolkan sekarang.

Kehadiran Van Dijk ini juga salah satu mengapa Liverpool begitu optimis untuk menghadapi baki terakhir musim ini nanti.

Dalam masa yang sama, prestasi di bahagian bek kini meningkat walaupun ianya sebelum ini menjadi permasalahan utama bagi skuad Jurgen Klopp.

Prestasi Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson di Portugal lepas mungkin boleh mengakhiri perdebatan siapakah pemain yang seharusnya berada di posisi tersebut bagi Liverpool. Kedua pemain ini sangat muda dan mungkin boleh diberikan peluang untuk menggantikan Alberto Moreno yang agak ‘prone in big match game’.

Skuad ini ternyata lebih kuat daripada skuad Liverpool yang memenangi Piala Liga Juara Eropah tahun 2005. Kejayaan membenam Porto 5-0 menunjukkan Liverpool memang agak serius dalam pertandingan ini.

Banyak artikel mengatakan Liverpool berpeluang untuk memenangi Liga Juara Eropah untuk kali keenam pada Mei nanti di Kiev, namun, 2 kemenangan dalam 2 pusingan lagi sebelum ke perlawanan akhir perlu ditunggu terlebih dahulu sebelum boleh bermimpi.

Tottenhem telah seri dengan Juventus 2-2, Man City menang besar menentang Basel dan Liverpool membenam Porto menunjukkan betapa tingginya kualiti pasukan Liga Perdana Inggeris apda musim ini. Chelsea seri 1-1 dengan Barcelona manakala Sevilla mengikat Man Utd di laman sendiri menunjukkan bahawa Man Utd sedikit ‘struggle’ pada penghujung liga.

Dalam pada itu, skuad Jurgen Klopp akan bertandang ke Old Trafford beberapa hari selepas menerima kunjungan Porto nanti dan pengurus Jerman itu bolehlah untuk fokus kepada perlawanan United dan merehatkan beberapa pemain dalam perlawanan timbal balik Porto tersebut.

Dengan hanya 2 mata memisahkan kelab ini, ianya mungkin satu situasi yang tidak begitu ‘seleas’ bagi skuad Mourinho dan United nanti.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds