John Aldrigde : Firmino Mengalami “Masalah” Selepas Piala Dunia – Dan Penalti Itu Suatu Keputusan Tepat

Bekas pemain Liverpool itu menyatakan pendapatnya mengenai situasi dua pemain ini.

Roberto Firmino Tampak “Sukar”

Dalam dua perlawanan ini beliau seperti sukar untuk bermain seperti biasa. Beliay seperti tidak bermain seperti kebiasaannya, dan jika anda lihat beliau tidak bermain dengan “selesa” seperti sebelum ini.

Saya berpendapat Daniel Sturridge atau Xherdan Shaqiri akan dimasukkan dalam 20 minit terakhir permainan, namun Jurgen Klopp masih percaya Firmino dapat melakukan sesuatu dan kita harus percaya dengan apa yang beliau lakukan.

Klopp sudah semestinya mahu menaikkan semangat Firmino secepar mungkin dan mahu beliau beraksi lebih kerap selepas ini. Dan ianya masih di awal permulaan liga.

Liverpool pastinya mempunyai peluang untuk menukarkan pemainnya lebih kerap, di mana musim lepas gagal melakukannya sepertimana sekarang.

Shaqiri akan membuktikan beliau merupakan pemain yang versatil, manakala Daniel Sturridge kekal cergas ianya sesuatu yang bagus buat Liverpool. Beliau akan menjaringkan lebih banyak gol buat Liverpool.

Perlawanan seterusnya menentang Brighton dan Hove Albion, ianya sukar dijelaskan siapakah yang akan diturunkan.

Pastinya skuad Chris Houghton berada dalam semangat yang tinggi setelah berjaya menumpaskan Man United pada minggu lepas.

Beliau adalah rakan karib saya dan telah melakukan tugas yang baik di Brighton.

Beliau layak dihormati, namun buat kami ianya lebih kepada tugas utama di laman sendiri dan meneruskan momentum kemenangan.

Sakho – Menunggu Insiden Terjadi

Roy Hodgson sudah semestinya tidak gembira atas sepakan penalti itu, namun beliau harus mengkaji semula corak permainan pertahanan beliau.

Ketika Sakho bersama Liverpool, kita sering melihat beliau bermain agak “kotor” dan kawalan yang terlalu dekat terhadap pemain penyerang lawan.

Beliau tidak sewajarnya melakukan perkara itu terhadap Mo Salah. Beliau menjatuhkan beliau sebanyak 2 kali.

Salah mahu melepaskan rembatan dan itu bukan sesuatu yang “berpura pura” menjatuhkan diri sendiri. Beliau dalam kawalan bola dan mempunyai potensi tinggi untuk mendapat penalti sekiranya dijatuhkan.

Pertahanan itu naif. Saya selalu melakukannya bila bola berada dalam kawalan, sedikit sentuhan dari pertahanan dan jatuh. Penalti diberikan.

Mungkin pengadil tidak akan memberikan kerana kontak itu terlalu minima, namun Sakho melakukan kesalahan itu kali kedua.

Dalam kes ini, tiada seorang pun menjelaskan bahawa gol pertama Liverpool sebelum itu bukanlah kesalahan yang dilakukan terhadap Wayne Hennesey.

Pertahanan beliau sendiri melakukannya. Dan itu sebenarnya gol yang sah.

ADMIN

Adakah anda setuju dengan pendapat John Aldridge. Berikan komen anda.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman