Jordan Henderson Dilihat “Melanggari” Peraturan Klopp Sejak 2016

Rakaman dari kamera terowong di Anfield memperlihatkan kapten Liverpool itu ke padang bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Watford.

Dan Jordan Henderson dilihat melanggari peraturan yang ditetapkan Klopp sejak 2016 dengan ketika itu Liverpool membelasah Watford dengan jaringan 5 – 0.

Sebelum perlawanan tersebut, kebiasaan pemain akan menunggu di hadapan terowong sebelum dipanggil pengadil untuk memasuki padang.

Dan ketika Henderson melintasi pintu masuk ke padang yang tertera gambar “This Is Anfield”, beliau dilihat memegang papan tanda tersebut.

Jordan Henderson memegang papan tanda Anfield

Pada mulanya ia kelihatan seperti tidak melakukan kesalahan tetapi mungkin disebabkan masa berlalu dengan panjang, Klopp mungkin tidak ingat akan peraturan tersebut.

Namun pada 2016, Klopp pernah menyatakan bahawa :

“Saya memberitahu pemain saya untuk tidak menyentuh papan tanda “This Is Anfield” sehingga mereka memenangi sesuatu. Ianya satu penghormatan”.

Tetapi Jordan Henderson adalah satu satunya pemain yang pernah memenangi kejuaraan bersama Liverpool sebelum ini namun Klopp mahukan kejuaraan yang lebih berprestij daripada itu.

Liverpool akan turun bertandang ke Munich pada awal pagi Khamis untuk perlawanan penentuan UCL mereka dan masih bersaing untuk merebut kejuaraan EPL musim ini.

ADMIN

Mesti ramai yang kecam Jordan Henderson kan selepas ini. Hahahaha.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman