Jordan Henderson Telah Mencipta Identiti Sebagai Kapten Pasukan Liverpool Dengan Gaya Tersendiri

Beliau yang selama ini dicemuh dan bertahun lamanya dan dinilai sebagai ‘ bayangan Steven Gerrard’ oleh segelintir pihak yang menginginkan beliau menjadi seperti lagenda Reds tersebut yang kini menjadi pengurus di Rangers. 

Semenjak 6 bulan lalu, beliau telah memberikan 3 piala kepada kelab dan salah satunya adalah piala utama untuk kelab dalam sedekad. Dalam 3 minggu lalu, anda boleh melihat beliau bermain asas kepada 3 pemain midfielder dalam pasukan Liverpool dan membantu menjarakkan kepada 13 mata untuk memimpin liga.

Untuk aksi terbaru beliau ketika menang 2-0  keatas pasukan yang memberikan kejutan pada musim ini, Sheffield United. Gary Lineker menyatakan tidak pernah terjadi pemain Premier League dianggap remeh oleh peminat diluar sana tetapi Henderson pernah dilabel seperti itu sebelum ini.

Gary Lineker bercakap didalam studio Match Of The Day, beliau menyatakan :

“Saya fikir ianya adil. Saya mahu anda semua tahu. Saya tidak fikir dia seharusnya perlu menerima kredit yang sepatutnya dia terima sebagai ketua pasukan Liverpool yang menakjubkan ini.”

“Dia bermain hampir keseluruhan perlawanan, beliau sinonim dan penting kepada gaya permainan Juergen Klopp. Saya hanya terfikir bahawa beliau tidak diberi pujian dalam pencapaian yang selayaknya untuk beliau.”

“Mungkin ianya ada kena mengena dengan fakta bahawa beliau seorang English? Saya tidak tahu. Saya fikir dia telah meningkat dan Klopp telah meningkatkan beliau, itu yang paling penting. Dia konsisten sebagai pemain yang sentiasa beraksi dengan bagus dan Klopp mengeluarkan lebih dari dalam diri beliau. Beliau kini telah membuat hantaran dengan lebih direct dan nampak lebih berkeyakinan ketika ini.”

Sejak kecederaan Fabinho, hanya dua pemain yang mempunyai lebih hantaran ke final third berbanding Henderson yang mempunyai baki satu perlawanan menentang West Ham.

“Saya fikir beliau lebih gembira menjadi diri sendiri. Untuk bertahun lamanya beliau belajar untuk menjadi ketua pasukan seperti Steven Gerrard, mengambil lilitan lengan dari nya dan beliau mencuba melakukan apa yang Gerrard pernah lakukan. Dan mereka diluar sana mungkin menjangkakan apa yang kapten lakukan kerana dalam 20 tahun mereka ada Steven Gerrard yang melakukannya.”

“Kini beliau menjadi diri sendiri, dia melakukan apa perkara yang Jordan Henderson biasa lakukan. Sifat kepimpinan beliau underrated dan tuntutan besar yang diletakkan beliau kepada pasukannya adalah sebahagian besar daripada cara beliau.”

“Ianya mungkin sedikit sukar apabila beliau dinilai sebagai bayangan Steven Gerrard. Tetapi itu adalah perkara yang bagus. Beliau adalah ketua. Mereka diluar sana mungkin masih lagi mengatakan beliau tidak bagus untuk England tetapi kini beliau adalah pemain kelas dunia. Hebat!”

Reds juga ketika ini berjaya merekodkan 5 perlawanan tanpa bolos kesemua perlawanan tersebut ketika Henderson bermain diperanan Fabinho dan ianya adalah pertama kali setelah Rafa Benitez melakukan pada 2007. 

Admin :

Tiada keraguan untuk Jordan Henderson selama beliau menjadi kapten. Peminat mungkin menganggap kapten Liverpool haruslah seperti Steven Gerrard tetapi peminat perlu tahu, Steven Gerrard adalah Steven Gerrard dan Jordan Henderson adalah Jordan Henderson. Kedua mereka mempunyai gaya permainan tersendiri. 

 

 

Post Author: Nazz Adam

Leave a Reply