Juara Eropah Telah Menjadi Juara Dunia!

Liverpool berjaya mendapatkan gelaran Dunia untuk pertama kali dalam sejarah, menewaskan Flamengo dengan 1-0.

Perlawanan ini agak sukar untuk Liverpool setelah Flamengo benar bersedia menghadapi Juara Eropah, Liverpool. 

90 minit perlawanan Liverpool mempunyai beberapa peluang keemasan untuk mendahului perlawanan namun percubaan minit awal Firmino terlalu tinggi.

Salah, Mane dan Keita juga turut mempunyai peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol namun semua percubaan terlalu kuat dan diselamatkan penjaga gawang Flamengo, Diego Alves.

Liverpool meneruskan asakan sehingga tamat 90 minit perlawanan. Pada masa tambahan 30 minit, Firmino berjaya menjaringkan gol melalui serangan balas Liverpool setelah menyambut hantaran Sadio Mane pada ketika beliau tidak dikawal oleh pertahanan Flamengo. Menewaskan beberapa pertahanan melalui skil dan merembat masuk bola tersebut. 

Gol tersebut adalah gol tunggal dalam perlawanan ini. 

Dengan kemenangan ini, Liverpool melengkapkan 3 piala pada tahun 2019 seterusnya menjadi pasukan pertama dari England yang berjaya mendapatkan 3 piala antarabangsa UCL, Super Cup Eropah dan terkini Club World Cup dalam semusim!

Admin

Nikmatilah saat-saat indah ini dan sambutlah kejuaraan dunia ini untuk pertama kalinya! YNWA!

Post Author: Nazz Adam