Jurgen Klopp Bakal Didenda FA Disebabkan Salahlaku Ketika Perlawanan Menentang Everton

Beliau bakal dikenakan tindakan atas sebab meraikan jaringan lewat Liverpool di dalam padang ketika menentang Everton semalam.

Dan beliau hanya dikenakan denda berbentuk bayaran apabila beliau dilihat masuk ke padang untuk memeluk Alisson setelah Divock Origi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 96.

FA telah menonton kembali rakaman video perlawanan yang melibatkan Klopp itu dan mendapati pengurus Liverpool itu telah melakukan salahlaku yang menyalahi peraturan pertandingan ketika ini.

Difahamkan FA membuat keputusan disebabkan “cara meraikan jaringan itu adalah salah kerana perlawanan masih berlangsung” serta mengambilkira reaksi yang bakal berlaku di tempat duduk penonton.

Undang undang pertandingan EPL juga menerangkan bahawa pengurus atau ketua jurulatih harus berada di kawasan teknikal yang ditetapkan kecuali atas beberapa situasi tertentu.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak FA :

“Jurgen Klopp telah didakwa atas salahlaku yang menjurus kepada perlakuan beliau pada minit ke 96 ketika perlawanan antara Liverpool dan Everton semalam”.

“Beliau dikehendaki memberi keterangan balas mengenai dakwaan itu sehingga 6 Disember 2018 pada jam 6 petang”.

Namun Klopp tidak akan dikenakan tindakan larangan untuk berada di kawasan teknikal untuk perlawanan seterusnya dan hanya didenda dalam jumlah tertentu.

ADMIN

Tak mengapa la Klopp, nak buat macam mana benda dah jadi. YNWA.

Sumber : John Percy – Telegraph

Post Author: Mohd Nuruzzaman