Jurgen Klopp Berhadapan Teka Teki Selepas Aksi Meyakinkan Shaqiri dan Origi

Liverpool akan berkunjung ke Bournemouth untuk mengekalkan jarak mata dan menguatkan lagi kedudukan carta liga.

Serangan Liverpool terlalu bertenaga ketika menentang musuh setempat, Everton.

Bos Liverpool tersebut membuat 5 pertukaran dengan memasukkan Milner, Lallana, Shaqiri, Origi dan Adrian.

Pertukaran tersebut memberi inspirasi apabila Origi dan Shaqiri menjaringkan sebelum 20 minit masa perlawanan.

Joel Matip masih mengalami kecederaan, sedangkan Allison dan Fabinho digantung dan menjalani proses untuk sembuh dan tanpa perlindungan unit pertahanan, Micheal Keane menjaringkan gol setelah dua gol dua gol awal pendahuluan. 

Bagaimanapun, Origi menambah lagi jaringan dan Mane menjaringkan gol keempat perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama. 

Ia nyata adalah gol yang paling banyak dijaringkan dalam separuh masa pertama dalam Derby Merseyside tetapi sepwruh masa kedua lebih kepada mengawal perlawanan dan Gini Wijnaldum menambah sengsara Blues dengan jaringan kelima.

Admin :

Sama ada mereka diturunkan atau tidak ia adalah pilihan Klopp sendiri kerana Klopp akan mengambil risiko atas keputusannya. Terus percaya dengan keupayaan bos Liverpool nyata lebih baik. 

 

Post Author: Nazz Adam