Jurgen Klopp Berkemungkinan Mengekalkan Loris Karius Dalam Pertemuan Porto – Liverpool

Berkemungkinan tiada lagi sistem giliran penjaga gol dalam aksi pusingan kalah mati.

Liverpool akan menentang Porto dalam aksi perlawanan pertama Pusingan Kedua Kalah Mati 16 Pasukan pada awal pagi Khamis nanti.

Sebelum ini Jurgen Klopp telah mengamalkan sistem penggiliran penjaga gol sepanjang separuh musim liga melibatkan aksi domestik dan juga Eropah.

Simon Mignolet diturunkan sebelum ini dalam kancah EPL, manakala Karius pula bermain dalam keenam enam perlawanan peringkat kumpulan di UCL.

Sejak itu Karius perlahan lahan menjadi penjaga gol utama dengan buat masa sekarang beliau menikmati prestasi yang semakin memberangsangkan setelah diberikan lebih banyak peluang beraksi pada perlawanan sebelum ini.

Klopp dijangka akan meletakkan kepercayaan di bahu penjaga gol berusia 24 tahun itu untuk aksi Liga Perdana dan juga UCL hingga tamat musim ini.

Dan ditanya siapakah yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama di Porto, Klopp menjawab :

“Secara jujurnya saya belum buat sebarang keputusan tetapi situasi akan berubah daripada perlawanan UCL sebelumnya”.

“Yang terbaik akan diturunkan. Itu pelannya. Namun saya belum membuat keputusan”.

ADMIN

Perasaan admin seolah olah lebih yakin jika Karius di gawang buat masa sekarang. Apa pendapat anda?

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman