Jurgen Klopp: Danny Ings Ada Masa Depan Lagi Bersama Liverpool

Jurgen Klopp jarang kelihatan ‘mengutuk’ pemainnya jika kita sedar atau tidak. Tapi dalam masa yang sama, Jurgen Klopp turut jarabg ‘memuji’ pemainnya jika ianya tidak bersebab.

Ketika ini, Jurgen Klopp memuji peranan Danny Ings yang mempunyai masa depan bersama Liverpool nanti.

Pengurus Jerman itu menceritakan betapa Danny Ings sangat ‘memaksa’ dirinya untuk memilih pemain itu untuk dimasukkan dalam perlawanan di Liverpool, melalui sesi latihan yang fokus dilakukan serta kecergasannya di padang.

Jurgen Klopp sangat menghargai Danny Ings yang sangat dedikasinya bermula daripada kecederaan panjangnya sebelum ini.

Pemain ini telah menerima masalah kecederaan ligamen sebanyak 2 kali berturut-turut dan hampir sahaja menamatkan kariernya bersama Liverpool, walaupun ianya tidak dimulakan dengan ‘baik’ sejak berpindah ke Liverpool pada 2015 yang lepas.

Pemain berusia 25 tahun ini hanya bermain dalam 6 penampilan bersama skuad utam, dan 3 daripadanya adalah ketika perlawanan dalam bulan lepas sahaja, yakni sesuatu yang sangat positif untuk pemain ini.

Klopp mengatakan adalah normal bagi seorang penyerang untuk mengambil masa mendapatkan rentak di kakinya semula dan ianya akan dibantu sekiranya pemain itu diberikan masa yang lebih lama untuk bermain.

“Ya, memang ketaranya Danny Ings sangat menunjukkan bahawa dirinya mahu bermain dan bersedia. Ianya bagus, Dia perlukan masa. Beberapa bulan lepas, ianya berbeza. Pemain seperti ini akan memberi tekanan kepada dirinya untuk segera diturunkan dalam perlawanan.”

Jurgen Klopp selepas itu turut memuji tindakan dan reaksi pemain ini sebelum ini yang diletakkan dalam skuad bawah 23 tahun.

“Danny sangat bekerja keras. Dia banyak bermain dalam perlawanan bawah 23 tahun Liverpool. Banyak perlawanan. Bukan semuanya bagus baginya tetapi itu adalah normal. Walaupun dia bukan pemain terbaik dalam semua perlawanan, tetapi ianya bagus untuk pengalamannya mendapatkan minit perlawanan. “

Jurgen Klopp mengatakan sesuatu akan berlaku jika pemain itu sudah mencapai atau meningkat kecergasannya melalui minit perlawanan yang diberikan.

“Ianya adalah mengenai minit perlawanan. Pada satu masa, jika pemain itu berkualiti, dirinya akan kembali (menjadi pemain sebelum cedera). Ketika ini dia telah ‘kembali’ dan merupakan pemain yang penting bagi pasukan kami.”

Danny Ings juga meraikan satu momen yang menjadi penanda aras baru baginya apabila diturunkan dalam perlawanan menentang Porto pada minggu lepas daripada bangku simpanan. Ianya adalah debut bagi penampilannya dalam Liga Juara Eropah.

Jurgen Klopp juga sangat gembira dengan pencapaiannya, Ings sendiri gembira dengan peningkatanya sejak daripada kecederaan yang sangat lama.

“Saya rasakan dia sangat bagus dan dia berhak (untuk diturunkan dan dipuji). Danny dalam bentuk fizikal yang terbaik. Ianya sentiasa perlukan masa. Ketika saya datang, Danny alami kecederaan yang sangat panjang dan saya tidak berpeluang berkerjasaman dengannya. Dalam sesi pertama bersama saya, dia cedera. Sangat tidak masuk akal.”

Da

Rentetan daripada itu, Jurgen Klopp yang melakukan revival ke atas karier Danny Ings ini berjaya meningkatkan prestasinya dan berada di prestasi sempurna untuk diturunkan semula.

“Sekarang, setelah 2 dan 1/2 tahun, dia boleh bermain dalam Liga Juara Eropah. Ianya satu cerita yang sangat menarik bagi kariernya, Dan dia berhak untuk itu (diturunkan dalam debut Liga Juara Eropah).”

Jurgen Klopp turut ‘berani’ mengeluarkan Daniel Sturridge yang telah dipinjamkan ke West Brom pada Januari lepas. Ianya pada awalnya menyebabkan peminat merasakan Jurgen Klopp mungkin mahu mendapatkan pemain yang baru.

Ternyata, Jurgen Klopp mempercayai Danny Ings ini secara ketara untuk menjadi penyerang simpanan utama selepas Roberto Firmino dan rakan persaingannya, Dominic Solanke.

Pada asasnya, energi dan kerja kerasnya sejajar dengan filosopi taktikal Jurgen Klopp. Walaupun mungkin Danny Ings tidak ‘begitu solid’ untuk menjadi penyerang utama, namun, sebagai penyerang kedua, Danny Ings mungkin mampu berikan yang terbaik untuk pasukan.

Dalam masa 3 bulan sebelum liga ini melabuhkan sayapnya, Danny Ings mungkin akan menjadi individu yang akan terlibat dalam penggiliran pemain yang akan dilakukan oleh Jurgen Klopp semasa perlawanan.

Selain itu, diharapkan, Danny Ings atau Dominic Solanke berjaya memecahkan ruyung pada musim ini untuk merekodkan gol pertama dalam musim ini atau gol ‘profesional debut’ bagi Dominic Solanke.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds