Jurgen Klopp Jelas Tidak Takut Dengan Pasukan Yang Berkualiti Di Liga Juara-Juara

Jurgen Klopp berkata dia jelas melihat kualiti pasukan di Liga Juara-Juara tapi dia yakin tidak pernah takut berdepan mereka.

Reds kini dengan jelas selangkah kaki mereka untuk layak ke suku akhir selepas kemenangan 5-0 ke atas Porto dan Klopp jelas berminat mempelajari mengenai beberapa pasukan lain di saingan 16 pasukan terakhir kali ini.

Bayern Munich menundukkan Besiktas dan Chelsea dan Barcelona sekadar seri dan lebih menarik bagaimana Shakhtar Donetsk memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 2- dan juga perlawanan yang berakhir seri 0-0 diantara Sevilla menentang Manchester United.

“Saya jelas melihat kesemua perlawanan. Saya melihat kualiti asli. Saya tahu Sevilla masih lagi pasukan yang kuat jadi saya tidak akan terkejut. Ia perlawanan yang normal yang dimainkan oleh United.”

“Beberapa perlawanan lainnya dimana Shakhtar Donetsk jelas mengejutkan sebahagian peminat namun mereka mempunyai kualiti. Mereka masih lagi sedang rehat musim sejuk dan jelas ianya sangat istimewa bagi mereka dengan apa yang mereka capai dalam perlawanan menentang Roma.”

Saya mengenali kesemua pasukan dan ianya sangat baik apabila anda turut terlibat dan anda perlu menonton perlawanan mereka. Kami akan menentang United dua minggu lagi setelah perlawanan menentang Sevilla dan kemungkinan kami akan menentang Sevilla semula jika kami berjaya layak ke peringkat seterusnya.”

“Saya tidak akan merasa risau sebelum saya melihat kesemua perlawanan, sekarang saya tidak merasa risau. Apa yang saya tahu adalah mereka mempunyai kualiti yang besar.”

Kelihatannya Klopp sedang merencanakan sesuatu jika Sevilla berjaya layak dan akan cuba buat sehabis baik untuk mengalahkan mereka lagi. Itupun jika Sevilla yang akan layak. Jika sebaliknya maka Klopp dan seluruh pemain serta staf juga tidak boleh mengabaikan tentangan Shakhtar Donetsk dan kesemua pasukan yang bertanding pada peringkat kali ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Related posts