Jurgen Klopp : Kami Mahu Bermain Dengan Yakin Dan Beraksi Dengan Baik

Pengurus Liverpool ini gembira dengan reaksi pemainnya namun tidak mahu menjadikan ianya satu alasan.

Dan beliau tahu mengenai tempoh sukar yang dialami skuadnya sebelum menewaskan Bournemouth semalam.

Buat masa sekarang Liverpool berada di tangga teratas liga dengan kelebihan 3 mata dengan bilangan perlawanan yang sama dengan Man City.

Cabaran Liverpool untuk mencabar kejuaraan liga berada di tahap kritikal apabila kelab itu mencatat 2 keputusan seri berturut turut ke atas Leicester dan juga West Ham United.

Dan Klopp mendedahkan isu sebenar yang melanda skuadnya sekaligus memuji reaksi yang diberikan oleh pemainnya itu.

Menurut Klopp :

“Kami berada dalam situasi kritikan untuk diri sendiri. Sangat jelas kami tidak gembira dengan persembahan kami sebelum ini, meskipun terdapat punca yang munasabah mengenai itu”.

“Namun kami enggan menyatakan punca permasalahan itu secara umum kerana ia akan dianggap satu alasan”.

“Analisis haruslah masuk akal, dan kami wajar bercakap mengenai situasi pemain kami”.

“Apapun cara anda harus bermain dalam perlawanan samada ianya menang atau seri, namun bukanlah kami harus memenangi dengan apa cara sekalipun. Kami sebenarnya harus bermain dengan yakin dan mahu bermain dengan baik”.

“Itu adalah reaksi yang kami mahu tunjukkan. Pemain menunjukkan sesuatu sikap untuk memenangi sesuatu dan saya gembira mengenai itu”.

Selepas Sadio Mane membuka gol untuk Liverpool, Wijnaldum dan Mo Salah menambah gol untuk Liverpool di mana secara langsung melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool di Anfield sebanyak 34 perlawanan liga – menyamai rekod kedua terbaik dalam sejarah kelab.

Hanya penyudah yang tidak tepat menghalang Liverpool untuk mencatatkan kemenangan yang lebih besar.

Tambah Klopp lagi :

“Keseluruhan permainan amat baik”.

“Counter pressing yang bijak adalah sesuatu yang terbaik, mengagumkan dan ianya petanda buat permainan yang cukup bijak. Ianya moment terbaik untuk mencatatkan sesuatu”.

“Bahagian serangan cukup kreatif, kekuatan, kelajuan dan sentiasa mengejar untuk merampas bola. Mengucar gacirkan pertahanan, memaksa mereka berada dalam situasi sukar dan gunakan peluang itu. Kesemua gol adalah menarik, permainan yang bagus dan akhirnya 3 mata penuh”.

“Kami harus belajar dan cuba untuk mengadaptasi pelbagai situasi. Ianya bukan masalah jika anda mendahului 2, 3 atau 7 mata sekalipun. Kami harus mempelajari sesuatu”.

“Saya berusia 51 tahun, dan saya tidak mempunyai masalah untuk mempunyai pandangan saya sendiri. Saya tidak mempunyai media sosial, saya tidak banyak membaca mengenainya namun sebenarnya sukar untuk bercakap mengenai pemain dalam situasi tertentu”.

“Bagi kami ianya sangat penting dengan apa yang kami boleh fikir, apa yang kami boleh perbaiki, dan ianya petanda baik hari ini. Kami mahu memberi reaksi dan itu sudah jelas buat kami”.

ADMIN

Jurgen Klopp enggan memberi alasan lagi dan hanya fokuskan kepada persembahan anak buahnya. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman