Jurgen Klopp :”Liverpool Tidak Perlu Berbelanja Besar Untuk Perpindahan Musim Panas”.

Sebaliknya pengurus berusia 52 tahun ini mahu memfokuskan perkembangan pemain yang telah diperolehinya setakat ini.

Ditanya mengenai perpindahan pemain pada musim panas hadapan, Klopp berkata :

“Saya tidak akan bercakap secara terus terang tentang apa yang kami akan lakukan, namun saya tidak terfikir bahawa kami akan berbelanja besar lagi sepertimana yang dilakukan untuk musim ini”.

“Cara terbaik mengekalkan pemain sedia ada, mengasah lagi potensi pemain ini dan cuba meningkatkan persefahaman di antara mereka di dalam padang”.

“Mungkin itu masalah utama yang dihadapi Liverpool sejaka beberapa dekad lalu. Bila kelab ini memiliki pemain terbaik dalam satu musim, mereka akan berhijrah ke seluruh dunia pada musim seterusnya. Itu tidak akan berlaku pada tahun ini”.

Dengan Liverpool dan Man City diibaratkan bersaing sengit bagi merebut kejuaraan liga, Jurgen Klopp memberikan pandangan mengenai pandangan peminat kelab lain mengenai siapakah yang akan menjulang kejuaraan pada Mei hadapan.

Tambah beliau :

“Jika anda penyokong Everton, anda akan muntah mendengar bila orang menyatakan di waktu pagi bahawa Liverpool begitu hebat”.

“Kenapa kami perlu memaksa orang menyukai kami? Ini lumrah bolasepak. Asalkan mereka tidak membenci kami secara keterlaluan”.

“Kami hanya fokus dengan apa yang kami boleh capai. Hanya mengenai kami dan semuanya baik baik sahaja”.

ADMIN

Walaupun tiada berbelanja besar, namun kita tidak pasti apa gerak atur Klopp sebenarnya. Dia tidak akan berkata di hadapan media.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman