Jurgen Klopp Melontarkan Pujian Kepada Mo Salah Dan Roberto Firmino

Firmino menjaringkan gol ke 20 beliau musim ini dan Salah hampir mencecah 30 gol semusim selepas perlawanan semalam.

Dan Jurgen Klopp tidak teragak agak untuk melontarkan pujian di atas sumbangan mereka terhadap kemenangan Liverpool FC semalam.

Tetapi Klopp juga tidak melupakan untuk memberikan pujian buat rakan sepasukan yang membantu kedua dua pemain tersebut mencipta gol untuk kemenangan di St Mary semalam.

Kedua dua pemain ini saling memberikan ‘assist’ sesama sendiri pada perlawanan semalam.

Setakat ini pasangan pemain Daniel Sturridge dan Luis Suarez yang menjaringkan lebih 20 gol semusim pada musim 2013 2014, dengan 55 gol keseluruhan dan kemungkinan besar ianya bakal dihampiri Firmino dan Salah dengan musim liga berbaki 3 bulan lagi.

 Menurut Klopp :

“Ianya 100% pemain kami sekarang amat penting. Saya sukakan skill dan sikap mereka, usaha mereka sangat menakjubkan”.

“Kesemua ini adalah faedah daripada gaya permainan kami sendiri, jadi kami memiliki 3 pemain yang sentiasa mahu menguasai bola. Dalam liga yang kuat memang sebenarnya sukar jika tiada orang yang ketiga. Mereka berdua adalah dari kalangan yang bertiga itu”.

Dan apabila ditanya bagaimanakah pelan permainan sebenar  yang dimahukan untuk serangan balas pantas, Klopp menjawab :

“Ianya tidak sukar. Kami mempunyai pemain yang boleh bermain dengan pelan tersebut”.

“Semua orang tahu Bobby tidak selaju Mo namun dalam situasi permainan beliau berada di tempat yang sepatutnya kerana beliau mahu sentiasa menyokong sesama sendiri. Dan pada masa yang sama  juga adanya Mo dan Sadio di sampingnya”.

“Beberapa pemain terlibat dalam situasi itunpada awalnya dan itulah kepentingan mengapa mencipta peluang ini sangat penting. Larian pantas oleh Oxlade yang memberikan peluang untuk Salah menerima hantaran amatlah penting. Sudah pasti kami telah berlatih mengenai situasi itu”.

Jaringan Salah itu telah meletakkan beliau di belakang Harry Kane selaku penjaring terbanyak EPL, dan juga satu gol di hadapan Aguero yang telah meledak 4 gol ketika menentang Leicester.

Dan Klopp enggan memberikam komen lanjut apabila diminta membandingkan dengan pemain lain dari sudut efektif menjaringkan gol.

“Saya berpendapat Aguero, Kane dan beberapa pemain lain adalah dari kalangan pemain yang sangat bagus”.

ADMIN

Jurgen Klopp bukanlah mahu memuji kedua dua pemain sahaja namun kesemua sekali pemain yang bermain dalam perlawanan semalam.

Congrats Klopp n co. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman