Jurgen Klopp Memberi Respon Terhadap Kritikan Kepada John Achterberg

Pengurus Liverpool itu percaya Alisson akan selamat di bawah kendalian jurulatih penjaga gol tersebut.

Penjaga gol utama Brazil itu akan membuat penampilan pertama untuk Liverpool dalam perlawanan pertama menentang West Ham United pada Ahad ini.

Achterberg telah ditugaskan untuk memastikan Alisson beraksi dengan cemerlang musim ini dan Klopp meletakkan sepenuh kepercayaan kepada staf kejurulatihan paling lama berada di kelab tersebut.

Bekas penjaga gol Tranmere itu telah dikritik oleh sebahagian besar peminat LFC setelah menyaksikan prestasi Simon Mignolet dan Loris Karius menurun dengan mendadak ketika ini.

Namun Klopp percaya Liverpool bertuah dapat memiliki khidmat John Achterberg sekaligus masih menjadi antara individu terpenting di kelab sekarang.

Menurut Klopp :

“John adalah jurulatih penjaga gol yang bagus. Beliau sentiasa tekun bekerja”

“Ianya mudah. Semua peminat yang menonton bolasepak di kedai merasakan mereka tahu dan memahami bolasepak 100%”.

“Dan apabila anda bertanya kepada mereka apakah tugas penjaga gol, mereka hanya akan memberikan jawapan ‘menangkap bola’. Mereka tidak tahu apakah teknikal seorang penjaga gol dan sebagainya”.

“John adalah seseorang yang tiba awal di pusat latihan dan balik lebih lewat. Tidak kira bagaimana awalnya saya ke Melwood, beliau akan terlebih dahulu berada di sana bersama komputer riba beliau untuk mengkaji setiap inci penjaga gol di dunia ini”.

“Beliau seringkali memajukan dirinya, menukar corak latihan, bekerja bersama pemain. Bagi saya beliau adalah jurulatih penjaga gol yang bagus”.

“Tidak perlu sebarang kritikan kerana saya merasakan beliau juga individu yang bagus”.

Achterberg menyertai staf kejurulatihan Akademi Liverpool sejak 2009 selepas 11 tahun menabur bakti bersama Tranmere dengan 300 penampilan.

Kenny Daglish yang telah menawarkan jawatan jurulatih penjaga gol pasukan utama kepada beliau sejak 2011 dan beliau mengekalkan jawatan itu menerusi zaman Rodgers dan juga Klopp sekarang.

Beliau telah bekerja dengan pelbagai penjaga gol sebelum ini iaitu Pepe Reina, Alexander Doni, Peter Gulasci, Brad Jones, Simon Mignolet, Danny Ward, Loris Karius hinggalah ke Alisson sekarang.

Pada 2016, beliau merupakan jurulatih penjaga gol pertama di Eropah yang telah mendapat Lesen Kejurulatihan Pro. ( Pro Licence ).

Dan Klopp percaya tekanan dan jangkaan peminat di Liverpool boleh menjadikan situasi seorang penjaga gol itu sukar di sini.

Namun begitu beliau percaya Alisson akan menyinar dan menjadi jawapan bagi masalah yang berlaku di gawang buat masa sekarang.

“Saya memahami situasi peminat sekarang buat masa sekarang – jika seorang penjaga gol itu prestasinya merudum maka John adalah orang yang wajar dipersalahkan”.

“Semestinya tidak. Posisi penjaga gol di Liverpool adalah sesuatu yang amat sukar bagi mana mana penjaga gol sejak kebelakangan ini”.

“Dan sekarang kami berjaya menemui jalan penyelesaian – mendapatkan penjaga gol yang bagus”.

“Tugas kami seterusnya kami harus beraksi dengan baik”.

ADMIN

Jika Klopp atau Liverpool mahu menukar jurulatih penjaga golnya, mereka sudah lama lakukan dengan mencari jurulatih penjaga gol baru.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman