Jurgen Klopp Membidas Kritikan Carra dan Souness Terhadap Trent Alexandre Arnold

Klopp nyata tidak gembira di atas kritikan dua bekas pemain itu terhadap Trent semasa kekalahan Liverpool ke atas Man United.

Carra dan Souness telah menyatakan sebelum itu dalam ulasan selepas perlawanan Sky Sports bahawa Trent wajar dipersalahkan di atas gol pembukaan Man United yang dijaringkan oleh Marcus Rashford.

Namun Klopp mempertahankan anak buahnya itu sambil menyifatkan kedua dua pengkritik itu tidak tahu apa apa mengenai situasi bolasepak sebenar sekarang.

Menurut Klopp :

“Saya tidak faham. Jika anda tidak memberitahu saya mengenai itu, saya tidak akan menontonnya. Ia tidak akan mengubah apa apa pada pandangan saya”.

“Adakah mereka menyatakan kami bertahan dengan buruk? Jika mereka menyatakan kesilapan itu hanya dilakukan oleh Trent maka mereka tidak tahu apa apa mengenai situasi bolasepak sebenar”.

“Dejan Lovren cuba menyaingi bola tersebut namun ianya sukar buat beliau. Kami tidak bersedia untuk “second ball” dan Trent di sana”.

“Bila saya menyaksikan gol tersebut, Rashford melakukan tugasnya dengan cukup cemerlang. Di saat Trent melakukan pintasan, Rashford melakukan ‘cut back’.

“Situasi seterusnya beliau melepaskan rembatan. Ianya situasi terbaik buat seorang penyerang dan kami tidak mampu melakukan apa apa”.

“Mudah bila mereka berkata sesuatu tetapi saya tidak berminat. Mereka berdua tidak memberikan kami sebarang mata, mereka juga tidak merubah mata kami. Mereka hanya menyampaikan mesej baik dan buruk sahaja”.

“Kami tewas 2 – 1, namun kami masih kekal kuat seperti biasa. Kami berjuang hingga wisel penamat walaupun satu ketika kami ketinggalan 2 – 0, dan ianya hampir mustahil jika menentang United namun kami hampir dapat melakukannya”.

ADMIN

Jurgen Klopp enggan menyalahkan pemainnya di hadapan media namun tidak dipastikan apa reaksi beliau di sebalik media.

Sumber : Daily Mirror 

Related posts