Jurgen Klopp Memuji Anak Buah Beliau Yang Memberi Respon Semula Setelah Keputusan Kontroversi Pengadil

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit 90 tetapi pengadil perlawanan mengubah semula keputusan yang dibuat.

Jurgen Klopp memuji para pemain yang memberi respon atas keputusan kontroversi sepakan penalti pada perlawanan akhir Club World Cup di Qatar.

Reds dihadiahkan sepakan penalti setelah Sadio Mane dijatuhkan didalam kawasan kotak penalti selepas diasak pemain pertahanan Flamengo, Rafinha.

Ulang tayang mendakwa insiden tersebut berlaku diluar kotak penalti, tetapi setelah dilihat secara terperinci oleh pengadil dari Qatar Abdulrahman Al Jasim beliau memberikan bola tersebut kepada Flamengo.

Ketika pemain simpanan Flamengo sedang meraikan keputusan tersebut, pemain-pemain Liverpool jelas kecewa dengan keputusan tersebut. Kapten Liverpool, Jordan Henderson membantah keputusan rasmi sebelum tempoh masa tambahan.

Namun, Liverpool menarik nafas lega apabila Bobby Firmino menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan kejuaraan dunia milik Liverpool untuk pertama kalinya.

Klopp berkata :

“Ianya jelas kami mampu memenangi perlawanan dalam 90 minit, terutamanya dengan insiden penalti tersebut.”

“Ia adalah saat yang sempurna untuk menamatkan perlawanan. Tetapi ianya keputusan berbeza. Para pemain berurusan dengan sangat baik.”

“Ianya bagaimana bola sepak tersebut dimainkan. Dua pasukan berusaha memenangi perlawanan. Dan, kami yang menang.”

“Ianya bukanlah perlawanan terbaik yang pernah kami mainkan tetapi ianya lebih daripada bagus untuk memenanginya.”

Klopp jelaskan keputusan yang dibuat semua pemain adalah penyebab Liverpool berjaya menambah FIFA Club World Cup bersama UEFA Champion League serta UEFA Super Cup yang berjaya mereka dapatkan pada awal musim ini kedalam kabinet trofi.

Ianya jelas mentaliti kemenangan yang didapatkan dibawah bimbingan Jurgen Klopp. Klopp telah membina sesuatu yang hebat didalam pasukan dan di dalam diri pemain Liverpool itu sendiri. 

Admin 

Selagi boleh menikmati kejuaraan ini, maka teruskan nikmatinya. Piala CWC pertama yang diperolehi ini adalah usaha mereka itu sendiri. Ambil sifat tak mudah mengalah pemain Liverpool ini sebagai ikutan. YNWA

 

Post Author: Nazz Adam