Jurgen Klopp Memuji Fabinho Sebagai Pemain Pertahanan “Bidan Terjun”

Beliau diletakkan di posisi pertahanan dalam kemenangan 1 – 0 Liverpool ke atas Brighton.

Namun Klopp mengambil kesempatan untuk memuji permainan Fabinho yang versatil meskipun dalam perlawanan sebelumnya, beliau diletakkan sebagai pemain tengah dan setakat ini menunjukkan aksi yang baik di Liverpool.

Ketika bersama Brazil pula, beliau sering diletakkan di posisi pertahanan kanan dan telah menempah nama untuk beraksi di posisi itu bersama Selecao.

Beliau bergandingan bersama Virgil Van Dijk di bahagian pertahanan, setelah 3 pemain pertahanan tengah masih belum cergas atau dilanda kecederaan sekaligus Klopp tidak mempunyai pilihan lain untuk menurunkan Fabinho.

Dan beliau hanya bermain posisi ini sekali sahaja sepanjang kariernya – ketika kekalahan Liverpool ke atas Wolves dalam aksi Piala FA.

Namun ketika di Brighton, ianya menjanjikan pengalaman yang berbeza ketika menentang Wolves tempoh hari.

Fabinho lebih cemerlang di posisi tersebut bersama sama Virgil Van Dijk dan seringkali memenangi pertarungan ketika bola di udara.

Selain daripada itu, beliau sering menghentikan serangan balas dari penyerang Brighton serta mengeluarkan bola dari kawasan bahaya di gawang Liverpool.

Dan Klopp mengambil kesempatan untuk memuji persembahan Fabinho di bahagian pertahanan tengah :

“Fabinho adalah pemain yang bijak. Memiliki pemain yang bagus ketika dalam penguasaan bola adalah sesuatu yang baik”.

“Ianya bukan menahan asakan bertali arus kerana kami lebih banyak menguasai bola”.

“Brighton cuba bermain hantaran jauh terus kepada Glenn Murray sepertimana yang mereka lakukan ketika menghadapi Joe Gomez di Anfield dahulu – namun Fabinho berjaya menahan asakan sebegitu”.

“Ternyata beliau mempunyai pemikiran bertahan yang bagus dan sememangnya boleh bermain di pelbagai posisi”.

ADMIN

Pemain yang berharga £40 juta, dan boleh bermain di pelbagai posisi adalah sesuatu yang amat bernilai untuk pasukan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman