Jurgen Klopp Memuji Persembahan Xherdan Shaqiri Dalam Penampilan Pertama Bersama Liverpool

Shaqiri melakukan penampilan penuh dalam kesebelasan utama setelah berhijrah dari Stoke City dengan nilai £12.85 juta musim ini.

Liverpool melebarkan rekod bersih kemenangan 100% musim ini dan kembali ke singgahsana EPL buat ketika ini setelah menundukkan Southampton 3 – 0 di Anfield.

Ianya merupakan kejayaan pertama seumpamanya buat Liverpool yang memenangi 7 perlawanan berterusan dalam sejarah kelab tersebut.

Dan Shaqiri merupakan antara pemain yang menyerlah dalam perlawanan tersebut walaupun hanya bermain penuh sehingga separuh masa pertama sahaja.

Rembatan deras beliau “memaksa” Wesley Hoedt tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke 10, sebelum beliau membantu Mo Salah menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma yang terkena palang terlebih dahulu.

Namun Shaqiri dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama oleh Klopp untuk pertukaran taktikal,  namun pengurus itu gembira dengan persembahan pertama oleh Shaqiri.

Menurut Klopp :

“Ianya sangat bagus dapat memiliki Shaq di sini. Anda lihat sepakan percuma beliau,  ianya sesuatu yang amat berkualiti!”

“Pasukan ini tidak biasa dengan sistem ini dan sebagai pemain baru biasanya gagal menyesuaikan diri, namun beliau tidak”.

“Beliau sering mencuba sesuatu, namun apa yang beliau belum miliki adalah teknikal untuk bertahan. Secara ofensif, ianya bagus namun beliau boleh melakukan lebih baik lagi. Namun beliau sangat bagus, saya sukakannya”.

Shaqiri dikeluarkan dan digantikan dengan James Milner dan kembali kepada formasi 4 – 3 – 3.

Dan Mark Hughes, pengurus yang bertanggungjawab membawa Shaqiri ke Stoke percaya pemain itu akan berjaya di Anfield selepas ini.

“Beliau mencipta gol menerusi sepakan percuma dan saya telah menggunakan kelebihan beliau itu dalam situasi itu dalam jangka masa lama. Namun malangnya kini saya merasai kelebihan yang beliau miliki pada hari ini”.

“Saya gembira melihat Shaq, beliau sememangnya mempunyai pergerakan yang baik dan beliau sentiasa mempunyai kualiti yang bagus untuk bermain dalam kelab Top Six”.

“Saya berjaya memujuk beliau untuk datang ke Stoke dan kami telah mengenali satu sama lain. Saya percaya beliau akan berjaya di sini. Beliau sebahagian daripada skuad yang bagus dan individu yang bagus juga”.

ADMIN

Bukan seorang pengurus pasukan yang memuji beliau, namun dua pengurus sekaligus.

Bagaimana pandangan mengenai Shaqiri pula?

Sumber : Liverpool Echo 

Post Author: Mohd Nuruzzaman