Jurgen Klopp Mendedahkan Pelan Perpindahan Januari Berikutan Kecederaan Lovren

Beliau ditanya mengenai persoalan tersebut dengan ketika ini Virgil Van Dijk merupakan satu satunya pemain pertahanan tengah skuad senior yang cergas.

Dan Jurgen Klopp membidas kenyataan di mana beliau terpaksa untuk mendapatkan pemain pertahanan baru pada Januari ini.

Pemain Croatia itu dikeluarkan ketika perlawanan baru berlangsung selama 5 minit, dengan Klopp membawa masuk Ki Jana Hoever bagi berpasangan dengan Fabinho di pertahanan tengah.

Ditambah lagi dengan Joe Gomez dan Joel Matip yang belum cergas sepenuhnya, menyaksikan hanya Virgil Van Dijk yang kekal cergas namun bakal digantung 1 perlawanan untuk perlawanan pertama Pusingan Kedua 16 Pasukan UCL menentang Bayern.

Ditanya oleh TalkSport samada kecederaan Lovren bakal memaksa  meneliti pasaran perpindahan, Klopp menyatakan bahawa pemain pertahanan tengah yang baru adalah sesuatu yang tidak perlu.

Menurut Klopp :

“Satu satunya soalan yang diajukan mengenai ini adalah di England. Semuanya dianggap selesai jika pengurus itu membeli pemain”.

“Kami mempunyai 4 pemain pertahanan tengah. 3 daripadanya cedera jadi kita akan cuba mengharungi perlawanan selepas ini dengan jayanya”.

“Kami amat memerlukan beliau kembali tetapi anda tidak dapat membeli pemain pertahanan kelima dan berkata “anda akan bermain dua minggu dan selepas itu pemain asal akan menggantikan anda”.

Ianya belum diketahui lagi berapa lama Lovren akan tersisih, namun Klopp menegaskan bahawa pemain itu pada asalnya berada di bangku simpanan. Tetapi berikutan kecederaan dan ramai pemain juga jatuh sakit telah memaksa Klopp untuk menurunkan beliau.

Tambah Klopp :

“Van Dijk berada di rumah. Beliau di rumah dan diharap tidak berlaku apa apa. Beliau telah diturunkan dalam hampir semua perlawanan musim ini, jadi kami menemui jalan penyelesaian ketika ini – diharap bersama Fabinho”.

Jurgen Klopp pernah meminjam khidmat Steven Caulker dari QPR pada Januari 2016 setelah Liverpool ditimpa masalah kecederaan pemain pertahanan tengah. Pemain itu sempat melakukan 3 penampilan bersama Liverpool.

ADMIN

Dijangka Fabinho akan meneruskan tugas beliau di bahagian pertahanan buat ketika ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman