Jurgen Klopp Mendedahkan Perubahan Taktikal Ketika Kemenangan Ke Atas Burnley

Rombakan kesebelasan utama dilihat menyukarkan keadaan Liverpool dalam 45 minit pertama di Turf Moor.

Dan Jurgen Klopp percaya perubahan taktikal ketika rehat separuh masa pertama adalah faktor utama Liverpool dapat mengekalkan rentak kemenangan untuk perebutan kejuaraan liga musim ini.

Pada mulanya Liverpool gagal untuk bermain dengan bermain dengan baik pada separuh masa pertama, namun separuh masa kedua menceritakan permainan yang sebaliknya.

Meskipun Liverpool ketinggalan 1 – 0 menerusi jaringan Jack Cork, namun The Reds berjaya bangkit menerusi jaringan Milner, Firmino dan Shaqiri selepas itu.

Dan Klopp menyatakan taktik untuk meletakkan Daniel Sturridge lebih ke jauh ke tengah membuahkan hasil.

“Separuh masa pertama, kami menyusahkan diri sendiri”.

“Anda dapat lihat kesannya menerusi Joel Matip, jelas beliau terlalu lama tidak beraksi. Moreno, Sturridge dan Origi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri manakala Shaqiri berseorangan”.

“Dan kami membuat keputusan untuk meletakkan Milner di bahagian bek kiri”.

“Burnley mempunyai pelan tersendiri, mereka amat agresif ketika merebut bola. Walaupun kami memenangi bola untuk lontaran ke dalam ianya tidak membantu kami sedikit sebanyak”.

“Saya berpuas hati sebenarnya ketika separuh masa pertama, cuma kami memerlukan perubahan taktikal untuk memenangi perlawanan tersebut. Saya memberitahu mereka saya lebih banyak menjerit namun saya tidak marah, ada di antara mereka yang sudah lama tidak bermain. Sebab itu kami melakukan banyak pertukaran”.

“Kami meletakkan Daniel Sturridge lebih bawah sedikit supaya Divock dan Shaqiri lebih berpeluang untuk mencipta ruang”.

“Kami dibolosi selepas itu, saya tidak melihat dengan jelas namun ramai di antara mereka menyatakan gol itu telah ofsaid terlebih dahulu”.

“Namun bertindakbalas selepas itu di halaman Burnley adalah sesuatu yang baik. Milly bermain dengan bagus, menpunyai fizikal yang baik dan sebab itu beliau berjaya memperolehi gol untuk kami”.

Gol kedua hadir menerusi sepakan percuma terus oleh Trent Alexander Arnold di mana dihantar semula ke tengah oleh Van Dijk kepada Firmino.

Tambah Klopp :

“Selepas beberapa minggu, gerakan set pieces kami kembali”.

“Bobby melakukannya dengan 1 sentuhan selepas dimasukkan. Kami bersetuju untuk memasukkan beliau ketika perlawanan terikat 1 – 1 kerana kami cuba untuk memenangi perlawanan tersebut”.

“Gol ketiga adalah gerakan bijak. Kami menguasai perlawanan ketika itu, namun selepas Burnley berjaya melakukan takel kemas ianya sukar untuk kami.”

“Reaksi yang bagus di separuh masa kedua. Saya amat gembira dengan 3 mata ini”.

ADMIN

Selalu je tengok Klopp bercakap mengenai taktikal sejak beberapa perlawanan ini. Anyway good job Klopp dan pemain. YNWA.

Sumber : James Pearce – Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman