Jurgen Klopp Menerangkan Kenapa Manchester United Bukan Untuknya Tetapi Liverpool Yang Sempurna

Jurgen Klopp menjelaskan kenapa dia menolak peluang untuk Manchester United.

Bos Liverpool ini berpeluang untuk mengambil alih tampuk kepimpinan pasukan yang bermain di Old Trafford tersebut berikutan pemecatan David Moyes pada 2014 lalu.

Cerita mengenai nya diambil daripada buju terbaru yang ditulis oleh jurnalis Raphael Honigstein, yang memberi tahu secara terperinci kenapa Klopp lebih memilih untuk kekal di Borussia Dortmund.

Juga dalam temu bual terbaru bersama Lagenda Liverpool, Phil Thompson untuk Sky Sports dimana Klopp mengesahkan berita minat daripada Manchester United ke atas nya.

Klopp berkata :

“Ya. Ada minat dari Manchester United. Mereka berminat setahun atau setahun setengah sebelum itu, tetapi saya tidak merasakannya pilihan yang benar.”

“Manchester United bukanlah kelab yang sesuai dengan saya. Saya tidak merasakannya pilihan yang tepat.”

Klopp juga pernah ditawarkan peluang oleh kedua-dua kelab iaitu Tottenham Hotspur dan Manchester City ketika hari-hari terakhirnya di Dortmund, tetapi dengan jelas mengatakan bahawa Liverpool adalah satu-satunya pekerjaan yang menarik untuknya.

Klopp menambah :

“Banyak kelab yang memanggil dan saya berkata ‘tidak’. Tiada peluang, saya perlu berehat sekarang. Bahkan isteri saya tahu, jika Liverpool memanggil, saya akn pergi ke sana.”

“Apabila Liverpool menelefon, saya tidak mempunyai peluang. Ia sebenarnya masih terlalu awal untuk rancangan saya , saya berkata ‘Wow, ia datang!”

“Tetapi apabila datang kesini dan merasakan semangat itu hadir dengan serta-merta. Ia hanya untuk saya dan perlawanan di syurga.”

Benar. Klopp hanya mahukan Liverpool selepas memberi kejayaan kepada Dortmund. Liverpool dan Dortmund terlalu banyak persamaan antara mereka. Baik dari segi penyokong, lagu tema dan semangat tersebut. Tetapi apa yang benar Klopp hanya mahukan Liverpool dan bukannya pasukan lain.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Related posts