Jurgen Klopp Menuding Jari Kepada “Jadual Padat” Berikutan Kecederaan James Milner

Pemain itu hanya bermain selama 6 minit sebelum dibawa keluar ketika aksi menentang Everton semalam. 

Dan Klopp menyalahkan jadual padat berikutan kecederaan yang dialami pemain itu meskipun memenangi perlawanan dengan jaringan 1 – 0.

James Milner menerima rawatan untuk beberapa ketika sebelum dibawa keluar dengan kemungkinan mengalami kecederaan hamstring atau paha. Beliau akan menjalani pemeriksaan lanjutan pada hari ink untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan yang dialaminya. 

Sebelum itu Klopp melakukan 9 perubahan dalam kesebelasan utama berbanding perlawanan menentang Sheffield United dengan hanya mengekalkan Joe Gomez dan James Milner. 

Menurut Klopp :

“Milner mengalami kesakitan dan ianya sangat serius. Ia berkaitan otot”.

“Dua pemain telah bermain dalam perlawanan sebelumnya dan seorang telah mengalami kecederaan”.

“Inilah situasi yang dihadapi kami dan itu sebabnya ramai pengurus yang melakukan perubahan. Ianya tiada kaitan dengan penyertaan kejohanan, ianya berkaitan dengan waktu perlawanan itu diadakan”.

Tetapi Klopp mendapat semula sentuhan dari Alex Oxlade Chamberlain yang diturunkan pada separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki pada kejohanan Piala Kelab Dunia. 

Tambah Klopp :

“Ianya bagus dapat menerima semua Oxlade ke dalam pasukan”.

“Beliau sangat bersemangat selepas dimasukkan. Beliau baru menjalani latihan selama 2 hari, sebab itu beliau tidak diturunkan pada awalnya”.

ADMIN

Seorang pulih, seorang cedera. Jaduap padat. Get well soon Milner. 

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply