Jurgen Klopp Mungkin Menurunkan Adam Lallana Dalam Perlawanan Esok

Beliau belum lagi melakukan penampilan bersama Liverpool setelah mengalami kecederaan pangkal paha pada September.

Dan Jurgen Klopp menegaskan beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk menurunkan Adam Lallana yang dilaporkan cergas sepenuhnya.

Beliau menyatakan bahawa pemain ini telah bersedia untuk terlibat dalam sebahagian perlawanan menentang Huddersfield Town.

Adam Lallana hanya bermain 3 minit sahaja musim ini dan beliau telah mengalami kecederaan tersebut sejak awal September.

Pemain ini telah berusaha untuk mengembalikan kecergasan beliau dan dilihat beraksi dengan baik semasa sesi latihan di Melwood.

Kehadiran pemain itu adalah tepat berikutan kecederaan yang dialami Naby Keita dan apabila ditanya mengenai potensi untuk Adam Lallana diturunkan, Klopp menjawab :

“Ya, sudah semestinya”.

“Masa sekarang amat sukar untuk menilai samada beliau cergas ataupun tidak. Sesi latihan yang diikuti beliau amat baik. Beliau nampak baik dan amat senang untuk melihat situasi beliau”.

“Kita akan lihat apa yang beliau mampu lakukan. Tiada siapa tahu berapa lama beliau dapat bermain di atas padang”.

“Kami harus berhati hati. Tidak semestinya sentiasa berhati hati namun untuk mengelakkan perkara yang sama berulang di masa hadapan”.

“Beberapa perkara berlaku dan ia merupakan masa silam. Namun kita tidak semestinya terus melupakannya. Namun beliau kembali berlatih dan nampak cergas di atas padang latihan”.

ADMIN

Berkemungkinan Adam Lallana akan diturunkan atau tidak, semuanya bergantung dengan Klopp.

Sumber : James Pearce – Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman