Jurgen Klopp : Roberto Firmino dan Daniel Sturridge Boleh Bergandingan Bersama

Kelab itu bersedia untuk mencatatkan kemenangan keenam dari enam perlawanan pada hari ini.

Dan beliau tidak mempunyai masalah untuk menggandingkan kedua dua pemain itu jika keadaan memerlukan.

Kedua dua pemain telah diturunkan dalam perlawanan menentang PSG dan telah menyumbangkan jaringan gol, dengan Sturridge terlebih dahulu diturunkan.

Firmino tidak berlatih sepanjang minggu setelah mengalami kecederaan mata pada perlawanan menentang Spurs, namun diturunkan pada minit ke 70 dan menjaringkan gol kemenangan Liverpool ketika itu.

Difahamkan Firmino telah bersedia untuk diturunkan semula dalam perlawanan menentang Southampton dengan Liverpool mahukan kemenangan keenam mereka dalam kancah liga.

Namun Klopp juga melihat Daniel Sturridge telah cergas sepenuhnya semenjak ketibaan beliau di Liverpool,  boleh beraksi bersama Firmino dan tidak mempunyai masalah untuk menggandingkan kedua dua pemain itu.

Menurut Klopp :

“Impak yang diberikan Sturridge adalah sangat positif”.

“Beliau diberikan peluang untuk bermain selepas berlatih dan melakukannya dengan baik”.

Manakala Firmino telah berlatih bersama pasukan sepanjang minggu meskipun terpaksa memakai kaca mata untuk melindungi matanya yang tercedera oleh Jans Verthongen.

Beliau boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Saint,  namun Klopp enggan menyatakan adakah beliau akan diturunkan hujung minggu ini :

“Ya, beliau sudah bersedia.  Namun adakah saya bercakap mengenai kesebelasan utama lebih awal?  Tidak”.

Liverpool gagal memenangi 6 daripada 12 perlawanan EPL selepas berakhirnya perlawanan UCL pada minggu itu.

Namun Klopp menegaskan bermain pada Sabtu – Selasa – Sabtu bukanlah satu isu yang besar buat pasukannya.

“Kami tidak terlalu fokus dengan satu satu masalah. Kami hanya perlu menunjukkan bahawa kami perlu melakukan penggiliran di sebalik persaingan”.

“Liga ini tidak menunggu anda. Jika anda mahu berada di kelompok teratas, anda harus bermula dari awal”.

“Tiada yang keletihan buat masa sekarang. Kami akan bersedia untuk esok”.

ADMIN

Mungkin kita akan menyaksikan rombakan kesebelasan utama berdasarkan taktikal, dan mungkin tidak.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman