Jurgen Klopp :”Saya Dapat Peluang Kedua Mendapatkan Sadio Mane Ketika Di Liverpool!”

Beliau menyatakan kekesalan terbesarnya ketika di Dortmund adalah tidak mendapatkan khidmat Sadio Mane.

Dan pemain dari Senegal itu menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016.

Pengurus Liverpool itu adalah pengurus Dortmund dari 2008 hingga 2015, dengan mendedahkan ketika itu mereka berdua telah berbincang mengenai perpindahannya ke Dortmund namun tidak begitu yakin dengan apa yang Sadio Mane boleh lakukan terhadap kelab tersebut.

Ianya berlaku pada 2014, apabila Klopp bersemuka dengan Sadio Mane buat pertama kali dan berpeluang untuk membawa pemain itu ke Dortmund. Klopp mengikuti perkembangan pemain itu sejak di Red Bull Salzburg dan juga sejak Sukan Olimpik 2012 namun gagal memeterai sebarang perjanjian.

Southampton akhirnya berjaya mendapatkan khidmat pemain tersebut dengan nilai £11.8 juta, di mana ketika itu beliau semakin menyerlah manakala 2014 2015 merupakan tahun akhir Klopp di Dortmund.

Hanya ketika di Anfield barulah barulah Klopp mendapat peluang kedua untuk khidmat Sadio Mane, dengan nilai £34 juta pada 2016 dan seterusnya melanjutkan kontrak baru selama 5 tahun di Anfield baru baru ini.

Dan seterusnya Sadio Mane memainkan peranan penting buat Klopp di Liverpool, dengan membantu kelab itu dari kedudukan “outsider European” pada 2016 ke kemuncak EPL pada ketika ini.

Sejak Mane menyertai Liverpool, beliau telah beraksi sebanyak 76 kali dalam EPL dan 19 kali dalam UCL setakat ini.

Dalam kejohanan domestik, Sadio Mane setakat ini telah menjaringkan 31 gol manakala tambahan 11 gol untuk kejohanan Eropah setakat ini.

Ianya jelas membuktikan kualiti yang ada pada Mane dan Klopp lebih tahu mengenai pemain ini.

“Saya melakukan sedikit kesilapan dalam karier saya, dan antara kesilapam terbesar saya adalah tidak mendapatkan Sadio Mane ketika di Dortmund”.

“Kami berdua di pejabat dan kami berbicara mengenai perpindahan tersebut”.

“Selepas itu saya tidak yakin dengan beliau namun itulah kesilapan saya”.

“Beliau adalah pemain yang bagus dan saya mendapat peluang kedua untuk bersama beliau dan diharap ianya memberi manfaat kepada kami berdua”.

ADMIN

Sebenarnya itu keputusan yang betul dari Klopp, kerana jika beliau benar menyertai Dortmund maka tiada peluang Klopp membawanya ke Anfield sekarang.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman